Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Paling Mudah Untuk Tanam Pokok Selasih Di Rumah, 3 Langkah Sahaja Dijamin Menjadi

Cara Paling Mudah Untuk Tanam Pokok Selasih Di Rumah, 3 Langkah Sahaja Dijamin Menjadi

Kategori: ,
Pokok Selasih

Pokok selasih atau lebih dikenali sebagai basil sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan, terutamanya hidangan Thai dan Itali. Ia mempunyai rasa yang manis dan savori seakan pudina dan sedikit tambahan rasa pedas seperti lada. Herba ini juga boleh dijadikan ulam.

Walaupun begitu, pokok selasih ini agak sukar untuk ditemui di pasaraya. Seeloknya anda menanamnya sendiri di rumah kerana ia mudah sahaja untuk tumbuh cantik dan mekar.

Kalau tak tahu cara untuk menanam pokok selasih di rumah, ikuti caranya yang telah dikongsikan oleh Yuyun R Bajuri di grup Beginner Tanam Pokok Dan Sayur. Dengan tiga langkah sahaja, anda perlu tahu caranya.

Cara Paling Mudah Untuk Tanam Pokok Selasih Di Rumah, 3 Langkah Sahaja Dijamin Menjadi

  1. Basahkan kapas muka. Letak biji selasih (dapatkan di sini) atas dia. Titikkan air sampai biji selasih kembang. Kerap basahkan kapas. Biar beberapa hari sampai keluar tunas. Ni dah kira okey la ni dah keluar tunasnya. Pokok Selasih
  2. Letakkan benih sekali dengan kapas dekat tanah. Boleh gunakan polibag dahulu. Kambus sikit dengan tanah. Bila dah naik daun sikit-sikit kambuskan lagi dengan tanah ya. Siram selalu. Sampai pokok naik. Pokok Selasih
  3. Bila sudah kembang mekar dan cantik, boleh diambil dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Pokok Selasih

Mudah sangat tips ini, kan? Anda tak perlu risau, pokok selasih ini sebenarnya mudah sahaja untuk dijaga. Ramai yang tak tahu bahawa cara untuk menanamnya juga ringkas dan ia memberi hasil yang cantik dan mekar.

Anda cuma pastikan anda menyimpannya di tempat yang redup serta disiram selalu supaya tanahnya kekal lembap. Sekali sekala boleh juga diberi baja.

Kredit: Yuyun R Bajuri di grup Beginner Tanam Pokok Dan Sayur

Baca Juga: Cara Betul Tanam Pokok Pudina Supaya Tumbuh Cantik & Mekar, Ramai Yang Tak Tahu

tags: | | |