Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Cara Nak Mula ‘Nikmati’ Rasa ‘Istimewa’ Kopi Kosong, Lebih Sihat Tanpa Gula & Susu!

Cara Nak Mula ‘Nikmati’ Rasa ‘Istimewa’ Kopi Kosong, Lebih Sihat Tanpa Gula & Susu!

Kategori:
Kopi Kosong

Budaya peminuman kopi atau teh di Malaysia umumnya banyak menggunakan gula dan susu pekat manis dengan jumlah yang agak tinggi. Budaya peminuman sebegini majoritinya telah dibiasakan sejak kita kecil lagi.

Jadi, mungkin ramai yang tidak mempunyai idea atau perasaan teragak-agak untuk meminum kopi kosong memandangkan citarasa tekak kita sudah terbiasa atau terimunisasi dengan rasa manis gula dan susu pekat manis ini.

Namun ini tidak bermaksud untuk mempertikaikan atau membahaskan berkenaan budaya peminuman ini. Itu hak masing-masing. Cuma kali ini ingin berkongsi dengan semua yang mempunyai minat untuk mencuba kopi kosong “ISTIMEWA” ini, tentang bagaimana cara untuk berjinak-jinak dengan peminuman kopi ISTIMEWA ini.

Langkah Pertama

Bancuh kopi yang kita telah biasa minum selama ini seperti nescafe, kopi kampung, kopi uncang atau lain-lain TANPA mencampurkan dengan gula atau susu sejat.

Kemudian cuba minum bersama kuih manis atau kek secara berperingkat. (Di rumah atau di mana-mana warung atau kedai makan).

Langkah Kedua

Pergi ke kafe franchise seperti Starbucks, Coffee Beans, Gloria Coffee atau sebagainya dan cuba pesan minuman “Americano”. Boleh juga pesan pastry atau kek manis di situ.

Di saat ini, anda telah melangkah ke minuman kopi kosong dari biji kopi premium. Dan cuba secara berperingkat untuk minum Americano ini tanpa makanan manis. Nanti lama-lama anda akan terasa perbezaan antara kopi instant dan kopi premium. Dan lama-lama, mungkin anda akan mula ketagih untuk minum kopi tanpa gula.

Langkah Ketiga

Cuba singgah mana-mana café atau roastery yang menyediakan kopi seduh atau manual coffee brew. Cuba pesan minuman kopi yang diseduh secara Pour Over dulu.

Kalau anda tak faham bagaimana cara nak pesan, boleh minta barista atau staff di situ untuk terangkan. Biasanya di dalam menu mereka akan menulis “Speciality Brew Coffee”.

Pesan satu, dan untuk pertama kalinya mungkin anda akan rasa kopi yang agak pelik. Kenapa ada rasa masam-masam buah, dan manis-manis lepas minum. Di sinilah terletaknya keistimewaan kopi speciality ini.

Untuk makluman, Speciality Brew Coffee yang ada di café-café ini biasanya amat mahal, dari RM10 kadang boleh mencecah RM35 secawan.

Jadi memang rabak lah poket kalau hari-hari nak minum kopi specilita ini di café-café. Sebulan sekali dua boleh la nak layan. Tapi tu lah, sejak daripada rasa pertama anda sudah menikmati masam-masam buah dan after taste manis-manis dari kopi Istimewa ini. Perasaan untuk mendekati kopi specialita ini akan terus bertunas dan berputik.

Langkah Keempat

Seduh sendiri kopi Istimewa ini di rumah. Macam saya kata tadi nak layan di kafe memang rabaklah.

“Tapi bang… nak beli peralatannya tu pun rabak jugak kan?”

Tuan Puan jangan bimbang, sebab itulah wujudnya group FB Peminat Kopi ini. Banyak topik-topik yang telah dibincangkan tentang bagaimana nak mulakan seduh kopi di rumah dengan kos yang paling minimum.

Paling senang search sahaja katakunci “Daiso”. Nanti banyaklah anda jumpa topik berkenaan langkah pertama seduh kopi di rumah! Bila dah mula terbiasa dengan minum kopi dari biji kopi ISTIMEWA ini, anda akan dapat rasa perbezaan antara kopi Premium dan Speciality pula.

Notis: Penulisan ini ditulis hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja. Tidaklah berpandukan apa-apa sumber yang sahih dan kukuh. Sekiranya ada pendapat saya yang tak benar atau tidak tepat tegurlah dan kita kongsi sama-sama.

 

Kredit: Kamarul Ilmar Ramli

tags: |