Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Order Kicap Jalen Untuk Doorgift, Dapat Kotak Cantik dan Penghantaran Percuma!

Cara Order Kicap Jalen Untuk Doorgift, Dapat Kotak Cantik dan Penghantaran Percuma!

Kategori: ,

Seperti yang kita sedia maklum, produk Jalen memang cukup terkenal di kalangan rakyat Malaysia kerana kualitinya yang cukup baik.

Bila berkunjung ke majlis kenduri, anda pasti pernah dapat doorgift kicap Jalen. Memang cantik dan praktikal untuk diberikan sebagai buah tangan untuk tetamu.

Untuk anda yang bakal adakan majlis tak lama lagi, apa kata hadiahkan produk Jalen untuk rakan dan sanak saudara yang bakal bertandang? Pasti mereka teruja untuk terima doorgift yang sangat comel dan cukup bermakna.

Pakej Doorgift Produk Jalen

Bukan setakat kicap lemak manis, malah Jalen juga tawarkan produk lain sebagai doorgift iaitu sos cili (stok bermusim) dan kordial sirap.

Cara Order Kicap Jalen

Sebelum kita lihat cara ordernya, jom kita tengok harga pakej yang ditawarkan :

  1. Single Botol (150 ml) : RM 1.50
  2. Single Set (Botol + Kotak) : RM 2.00

Kalau nak beli tali berasingan pun boleh, hanya RM 14.00 (200 unit/pek) sahaja.

Jadi, bagi yang berminat untuk pesan, jom kita lihat cara order kicap Jalen untuk doorgift!

Cara Order Kicap Jalen

Cara Order Kicap Jalen Untuk Doorgift

  • Hubungi talian khidmat pelanggan Jalen di talian 07-364 7434 atau Whatsapp +6 016 – 710 7434. Jika anda berada di Johor Bahru, anda juga boleh walk-in ke Galeri Jalen di alamat berikut :

Galeri Jalen, No. 61, 4, Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato’ Onn 81100, Johor Bahru

  • Nyatakan produk serta jumlah yang anda ingin pesan dan pilih lokasi untuk penghantaran.
  • Lengkapkan pembayaran secara atas talian.
  • Tempahan mestilah dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh penghantaran. Lagi awal, lagi bagus!
  • Minimum order adalah sebanyak 40 botol (1 karton). Anda juga bakal nikmati penghantaran percuma untuk tempahan 200 botol ke atas!

Jangan Order Dari Pihak Ketiga!

Pastikan anda order doorgift kicap Jalen terus kepada khidmat pelanggan mereka, ya!

Jalen tak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk jualan sebarang produk. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran murah daripada sumber yang tidak boleh dipercayai.

Cara Order Kicap Jalen

Begitulah cara untuk dapatkan produk Jalen sebagai doorgift. Harganya juga cukup berpatutan untuk anda dapatkannya secara pukal. Tetamu juga pasti suka untuk menerimanya.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke laman Facebook rasmi Doorgift by Jalen.

Jangan tunggu lagi, jom pesan doorgift Jalen hari ini!

tags: