Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Cara Order Stuff’d Untuk First Timer. Wajib Try Burrito dan Daily Bowl Yang Super Sedap!

Cara Order Stuff’d Untuk First Timer. Wajib Try Burrito dan Daily Bowl Yang Super Sedap!

Kategori: ,

Anda pernah makan Stuff’d? Kalau anda rajin berjalan di mall sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Cyberjaya, anda pasti pernah ternampak kedai ini. Namun, mungkin ramai yang belum mencubanya lagi.

Bagi yang belum tahu, Stuff’d sebenarnya adalah kedai makan yang menawarkan hidangan gaya salad dan wrap ala Turki dan Mexico. Makanan on-the-go yang sesuai untuk anda nikmati sambil window shopping! 

Cara Order Stuff'd

Yang paling best, ramuan yang digunakan oleh Stuff’d semuanya segar-segar belaka. Dari sos hinggalah bahan-bahan yang digunakan, semuanya diperbuat daripada makanan sebenar. Berkhasiat dan dijamin halal!

Bagi yang pertama kali nak cuba, di sini kami akan kongsikan cara order Stuff’d yang paling senang.

Nampak macam complicated tapi sebenarnya mudah saja. Jom kita tengok caranya!

Cara Order Stuff'd

Cara Order Stuff’d Untuk First Timer

Pesan Menu Utama

Di Stuff’d anda boleh mulakan pesanan dengan pilih wrap atau salad kegemaran anda.

Cara Order Stuff'd

Pilihan menu utama adalah seperti berikut :

Kebab

  • Chicken
  • Beef (Chili Con Carne)
  • Veggie

Cara Order Stuff'd

Burrito

  • Chicken
  • Beef (Chili Con Carne)
  • Veggie

Cara Order Stuff'd

Quesadilla

  • Chicken
  • Beef (Chili Con Carne)
  • Veggie

Daily Bowl

  • Chicken
  • Beef (Chili Con Carne)
  • Veggie

Cara Order Stuff'd

Tacos (2 ketul/set)

  • Chicken
  • Beef (Chili Con Carne)

Pita

  • Chicken

Untuk first timer, kami sarankan anda untuk cuba Kebab, Burritos atau Daily Bowl. Mungkin anda familiar dengan Kebab dan Burritos, tapi Daily Bowl tu apa pula, ya?

Daily Bowl sebenarnya adalah gabungan nasi beraroma ketumbar atau kentang putar yang dipadankan dengan sayuran dan protein pilihan anda. Senang kata, hidangan ini lebih kurang macam salad.

Sesuai dengan namanya, semangkuk Daily Bowl boleh buatkan anda kenyang sampai ke malam. Semangkuk pun dah cukup untuk sehari!

Cara Order Stuff'd

Kalau anda tertanya-tanya Quesadilla tu apa, dia sebenarnya lebih kurang sama macam burrito, cuma ada tambahan cheese di dalamnya. Sedap juga!

Pilih Sayur Kegemaran Anda

Dari tomato, bawang hinggalah salad, ada banyak pilihan sayur-sayuran segar yang anda boleh nikmati bersama hidangan anda di Stuff’d.

Pilih Sos

Seterusnya, anda perlu pilih 2 sos yang ditawarkan. Antara sos yang tersedia untuk pelanggan adalah Habanero (pedas!), Sweet Thai Sauce dan Mayonnaise.

Pilih Topping (Optional)

Kalau anda suka, anda juga boleh tambah topping seperti keju, guacamole dan hummus. Tapi add-on ini ada caj tambahan, ya!

Kalau nak beli air sekali di Stuff’d, anda hanya perlu tambah RM 3 saja. Berbaloi sangat!

Cara Order Stuff'd

Begitulah cara order Stuff’d yang sedap dan mengenyangkan. Hidangan di Stuff’d ni pun boleh dikira sebagai healthy food, memang penuh dengan sayur dan daging yang digril.

Kurang berlemak dan berkhasiat! Sesuai untuk anda yang mencari hidangan yang mengenyangkan dan rendah kalori.

Kalau anda tak sempat ke Stuff’d anda juga boleh dapatkannya menerusi Grabfood atau ShopeeFood. Jom cuba Stuff’d hari ini!

Jangan lupa untuk ikuti laman Facebook Stuff’d Malaysia untuk ketahui promosi terkini dan menu menarik dari mereka!

tags: