Tong gas merupakan peralatan dapur yang wajib ada, terutamanya buat mereka yang masih menggunakan dapur gas. Jika dijaga dan digunakan dengan elok, sudah pasti ia dapat tahan lama.
Buat para wanita yang sangat gemar berada di dapur, tong gas ini amat dikenali. Apabila ia telah kehabisan gas dan tidak boleh digunakan lagi, sudah tentu perlu membeli yang baru. Namun perkara paling leceh tentang tong gas adalah beratnya yang terlampau, membuatkan kerja mengangkatnya jadi leceh.
Nak angkat tong gas tidak mudah, terutamanya buat para wanita. Jadi, seorang pengguna di laman TikTok, farahatika8, telah memuat naik video tip paling mudah untuk angkat tong gas buat para wanita.
Perkara salah yang sering dilakukan oleh para wanita adalah cuba mengangkat tong gas dari atas dan bawah. Tidak elok, ianya terlampau berat jika cuba cara sebegitu. Ada tips lebih mudah, si gadis cuma perlu regangkan jari dan urat tangan, lalu lambaikan tangan untuk memanggil si jejaka untuk membantu anda mengangkatnya. Mudah sahaja, kan?
@farahatika8 Cara betul angkat tong gas bg perempuan. Tag membe perempuan korang! #fyp #foryourpage #fypシ #tiktok
@farahatika8Cara betul angkat tong gas bg perempuan. Tag membe perempuan korang! ##fyp ##foryourpage ##fypシ ##tiktok♬ original sound – Farah Atika775
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ kerana ‘tertipu’.
Bagi para wanita, dinasihatkan jangan lah suka mengangkat benda berat meskipun berkemampuan. Ianya tak elok buat kesihatan. Ada cara mudah, buat apa susah? Panggil sahaja si suami yang sedia membantu. Kan senang? Alah, nanti belanja lah pelbagai masakan yang enak buatnya. Ada tong gas boleh lah sediakan pelbagai jenis hidangan untuknya.
Kredit: TikTok farahatika8