Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Cara Paling Mudah Untuk Jimat Di Pasar Malam Sambil Jaga Alam Sekitar, Tiada Pembaziran

Wanita Ini Kongsi Cara Paling Mudah Untuk Jimat Di Pasar Malam Sambil Jaga Alam Sekitar, Tiada Pembaziran

Kategori:
Cara Paling Mudah Untuk Jimat Di Pasar Malam

Tiap kali pasar malam diadakan, ia menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli pelbagai makanan dan minuman serta barangan lain pada harga yang murah. Malah, ada juga yang mampu mencari rezeki bila meniaga di sana.

Oleh kerana terlalu banyak pilihan, kita akan lebih cenderung untuk membeli dan menyebabkan pembaziran. Beli makanan banyak-banyak tapi akhirnya terpaksa dibuang. Sangat merugikan, bukan?

Dari anda terus membazir, ada beberapa cara untuk berjimat bila membeli di pasar malam. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui caranya.

Wanita Ini Kongsi Cara Paling Mudah Untuk Jimat Di Pasar Malam Sambil Jaga Alam Sekitar, Tiada Pembaziran

Terbaharu, seorang wanita Sue Kz telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi pada orang ramai mengenai caranya berjimat cermat ketika membeli di pasar malam sambil mengamalkan gaya hidup mesra alam.

Sedar penggunaan plastik menjadi satu masalah besar pada alam sekitar, wanita itu akan membawa beberapa bekas makanan dalam tote bag ke pasar malam. Walaupun kecil, dia berharap caranya dapat memberi impak dan kesedaran pada orang ramai. Cara Paling Mudah Untuk Jimat Di Pasar Malam

Selain dapat mengurangkan penggunaan plastik. Dia turut belajar beberapa perkara. Menurutnya; “Saya belajar untuk tak membazir duit. Sebab kena beli ikut berapa bekas yang dibawa je. Dengan automatik dapat didik diri kawal nafsu. Tak beli berlebihan.” Cara Paling Mudah Untuk Jimat Di Pasar Malam Cara Paling Mudah Untuk Jimat Di Pasar Malam

Tambahnya lagi; “Cuma kena rancang sikit nak beli apa sebelum pergi pasar malam. Kalau nak beli satay, kena ready bekas panjang sikit. Nanti tak muat. Senang je tapi tak ramai sanggup nak buat sebab leceh. Semua bergantung pada tahap kesedaran masing-masing.”

@suekz.ecowildernessmom Dapat sesuatu? #fyp #learnontiktok #zerowastemalaysia #ecofriendlyliving #fypシ ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Nak berjimat-cermat tak susah juga rupanya. Sambil berjimat, kita juga mampu menjaga alam sekitar dengan mengehadkan penggunaan plastik. Lain kali bila ke pasar malam atau ke kedai, bawalah beberapa bekas supaya anda dapat mengawal pembelian di sana. Beli hanya yang patut sahaja.

Kredit: Sue Kz

Baca Juga: Cara Paling Mudah Untuk Tanam Pokok Selasih Di Rumah, 3 Langkah Sahaja Dijamin Menjadi

tags: | | | |