Sejak pihak berkuasa membenarkan orang ramai untuk merentas negeri, ramai yang telah merancang untuk bercuti di serata negara. Selain itu, ada juga yang ingin mengunjungi keluarga atau rakan-rakan untuk beberapa hari di luar negeri.
Namun begitu, antara perkara yang paling merisaukan bila ingin meninggalkan rumah untuk beberapa hari adalah tanaman pokok dan sayur-sayuran di laman rumah. Lebih-lebih lagi jika ia sentiasa perlu disiram bagi memastikan ia tumbuh sihat dan mekar.
Bagi anda yang sedang merancangkan percutian buat beberapa hari di luar tapi risaukan tanaman anda, boleh lah ikuti tips ini. Ia merupakan cara paling mudah untuk menyiram tanaman. Video ini telah dimuat naik dan dikongsikan oleh wanlyna143 di laman TikTok.
Dengan mengisi beberapa bungkusan plastik dengan air sepenuhnya lalu diikat, letakkannya di dalam pasu tanaman anda.
Selepas itu, menggunakan jarum yang tajam, cucuk plastik tersebut untuk membuatkan lubang yang kecil bagi memastikan air dari plastik tersebut akan mengalir secara sedikit pada tanaman anda. Perkara ini dapat memastikan tanah sentiasa berada dalam keadaan yang lembab, sesuai untuk tanaman yang sentiasa memerlukan air.
@wanlyna143 Walaupun tanaman tak da lah byk, tp tak sampai ati nak tggl kering layu nanti. Dpt lah pokok2 tu minum air#tips#berkebun #berkebundirumahaja
♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official
@wanlyna143Walaupun tanaman tak da lah byk, tp tak sampai ati nak tggl kering layu nanti. Dpt lah pokok2 tu minum air##tips##berkebun ##berkebundirumahaja♬ original sound – Fasha_Ariana_Official
Menjengah di ruangan komen, ada juga warganet turut kongsikan cara lain yang boleh diamalkan untuk menyiramkan tanaman dan memastikan tanah tanaman sentiasa lembab.
Mudah sahaja tips ini, kan? Bagi anda yang terburu-buru dan tak sempat untuk mendapatkan peralatan untuk menyiramkan tanaman, boleh lah cuba cara ini. Sangat mudah dan boleh mengguna semula plastik minuman yang telah dibeli. Cuma perlu cuci semula dan diisi dengan air untuk menyiram tanaman anda.
Selain boleh diamalkan untuk bercuti, cara ini juga sesuai diamalkan buat anda yang sibuk dan tidak sempat untuk menyiramkan tanaman di rumah.
Semoga membantu.
Kredit: TikTok wanlyna143