Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Dedah Tips & Cara Penggunaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk Yang Betul!

Wanita Ini Dedah Tips & Cara Penggunaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk Yang Betul!

Kategori: ,
cara penggunaan santan

Santan merupakan cecair dari buah Kelapa yang menyedapkan masakan. Jika dahulu kelapa parut perlu diperah terlebih dahulu bagi mendapatkan santannya. Namun kini ia boleh didapatkan dengan kadar segera di mana-mana kedai yang menjual santan segar ini.

Malah ada juga pelbagai jenama santan kotak dan santan serbuk yang dijual di pasaran. Ianya memang sangat mudah didapatkan dan sangat-sangat membantu memudahkan kerja di dapur. Tetapi tak ramai yang tahu cara dan kaedah penggunaan setiap santan tu dengan betul kan.

Nak tahu tips atau cara penggunaan santan kotak, santan segar dan santan serbuk yang betul tak? Jom kita ikuti perkongsian dari Ummi Syuhada ini.

Tips & Penggunaan Santan Fresh, Kotak & Serbuk

Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dengan tujuan yang berbeza.

  1. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sebab tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yang belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sebab takde masalah santan pecah minyak & berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga-tiga sedap.
  2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sebab pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.
  3. Kalau nak guna kara untuk pulut bersantan, kena cairkan dulu dengan air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dengan pulut & bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul & senang larut sebab lebih cair.
  4. Santan fresh lepas beli terus masuk dalam chiller atau freezer. Kalau kuantiti yang banyak dalam 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dalam chiller sebab bahagian tengah bungkusan lambat sejuk, yang sejuk dulu bahagian keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga berapa lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli barang lain dulu sebelum santan.
  5. Santan fresh yang dah beku, kalau nak guna untuk rendang & nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.
  6. Santan fresh yang beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dalam bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak.
  7. Santan serbuk sedap buat puding, agar-agar bersantan, nasi lemak. Rasanya agak creamy. Yang ada perasa pandan sangat sedap untuk nasi lemak.
  8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yang dah tercair. Tabur terus dalam kuah tapi api kena kecil, tabur setempat jangan merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dalam bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yang dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
  9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak habis sepeket, baki boleh simpan lama. Gulung elok-elok ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.
  10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dalam bekas kecil-kecil. Kalau kelapa parut yang tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai habis santan yang keruh bahagian bawah, nanti rupa ketupat jadi lebih gelap & berbintik hitam kat pulut.
  11. Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bahagian mendapan kat bawah. Kalau bahagian ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yang pekat, bahagian ais beku tu lalukan bawah air paip, tinggalkan yang pati je.
  12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dalam kuali, kalau cair jadi minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai habis. Cepat-cepat buat gulai ayam hantar kat saya. Hehe. 

Disclaimer : Post ni bukan bertujuan nak mengajar otai-otai, chef-chef dan tukang-tukang masak yang mahir ye. Sekadar berkongsi pengalaman dari dapur sendiri je. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sahaja. 

Pendedahan tentang tips dan cara penggunaan santan ini cukup lengkap dan terperinci kan? Jadi rasanya sudah tidak menjadi masalah lagi bagi sesiapa yang kurang faham tentang penggunaan setiap jenis santan. Semoga bermanfaat!

Kredit: Ummi Syuhada Via MAHN

Baca juga : Ini 2 Cara Simpan Santan Yang Betul Agar Tahan Lama, Kalau Tak Habis Boleh Buat Macam Ni

tags: | |