Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Baru Perempuan Nampak..”, Cara Peniaga Ini Ajak Orang Beli Buat Ramai Terhibur

“Baru Perempuan Nampak..”, Cara Peniaga Ini Ajak Orang Beli Buat Ramai Terhibur

Kategori:
CARA PENIAGA

Berkahwin bukanlah hal yang mudah. Pelbagai persiapan yang perlu dilakukan dari pelbagai segi, antaranya segi kewangan. Memandangkan majlis perkahwinan sekarang ini memakan kos sehingga ribuan ringgit, pihak lelaki dan perempuan perlu bertungkus lumus untuk mencari rezeki.

Oleh itu, ramai yang meniaga untuk mencari wang bagi menghalalkan pasangan masing. Namun meniaga ini bukannya hal yang mudah dilakukan.

Selain usaha, para peniaga perlu juga tahu strategi yang tepat bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli.

Cara Peniaga Ini Ajak Orang Beli Buat Ramai Terhibur

Terkini, seorang lelaki memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat seorang peniaga ketika menjual di sebuah bazar.

Memandangkan orang ramai, peniaga itu pula mencuba taktik baru untuk meniaga. Barangkali ingin berkahwin tak lama lagi dan perlu mencari wang secukupnya bagi melaksanakan perkara itu, peniaga itu terus memakai sebuah signboard untuk mengajak orang lain membeli mangga yang dijual. CARA PENIAGA

Signboard itu memaklumkan pada orang ramai bahawa dia sedang meniaga demi mencari duit untuk berkahwin. Tambahnya, ada bidadari yang perlu dihalalkan. CARA PENIAGA

Mungkin sudah lama cuba untuk mempromosikan mangga yang dijual, suaranya juga sudah serak.

@mhdrdhwn___99 Kalau video ni #viraltiktok aku akan pakai baju kelawar besok✌️🤧 #viral #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypsounds #ditaja ♬ Senandung Hari Raya Disco – 🤭

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai jelas kelihatan terhibur melihat gelagat peniaga itu ketika sedang menjual.

Terhibur Pula Netizen CARA PENIAGA

Malah, ada juga yang memuji usaha peniaga tersebut yang sedang gigih mencari duit bagi menunaikan niatnya untuk berkahwin dengan pasangan pilihannya di masa akan datang.

“Semoga Tercapai Hajat..” CARA PENIAGA

Zaman sekarang berkahwin memang memerlukan wang. Hal itu tidak dapat dinafikan. Oleh itu, kita perlulah berusaha sedaya upaya demi menghalalkan pasangan masing-masing. Dengan cara itu juga, pasangan kita turut akan lebih menghargai kita.

Kredit: Chokiboy

Baca Juga: “Mana Aci..”, Seronok Buat Shellout McD Dengan Kawan-Kawan Sampai Ramai Yang Cemburu

tags: | |