Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Perap Ayam Goreng Biar Lagi Wangi & Sedap, Letak Bawang Putih & Bahan Ini Baru Ada Rasa Kelainan

Cara Perap Ayam Goreng Biar Lagi Wangi & Sedap, Letak Bawang Putih & Bahan Ini Baru Ada Rasa Kelainan

Kategori: ,
cara perap ayam goreng biar lagi wangi

Biasanya, perapan ayam goreng hanya mengandungi garam dan kunyit. Biasalah bila kita nak cepat, memang kadang-kadang mampu gaul dua bahan itu sahaja. Tetapi tahukah anda, sebuah video tular di TikTok apabila dia berkongsi cara perapan ayam yang sedap sangat. Tengok pun dah tahu baunya mesti harum!

Bawang putih ini bukan sahaja dikisar untuk digaulkan dengan ayam. Tapi, ia dimasukkan sekali semasa menggoreng tau. Bawang putihh yang diletak semasa menggoreng memang mencipta rasa yang harum.

Paling best, cara membuatnya juga mudah dan ringkas. Dikongsi oleh Dila Halid, jom cuba sama-sama. Ikut sahaja langkah ini.

Cara Perap Ayam Goreng Biar Lagi Wangi & Sedap, Letak Bawang Putih & Bahan Ini Baru Ada Rasa Kelainan

Bahan-Bahan:

  • ayam – dipotong
  • bawang merah – ditumbuk
  • bawang putih – ditumbuk lebih banyak dari bawang merah
  • garam
  • serbuk lada hitam / lada sulah
  • serbuk ketumbar
  • secukup rasa
  • tepung ubi
  • air

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan ayam dalam mangkuk dan gaul bersama bawang merah dan bawang putih bersama semua bahan lain. Perap semalaman.
  2. Bila nak menggoreng panaskan minyak, kemudian pecahkan beberapa ulas bawang putih tanpa buang kulit. Boleh tumbuk beberapa kali. Selepas itu masukkan dalam minyak panas.
  3. Goreng sehingga garing dann boleh hidangkan. Waktu menggoreng baunya pun dah buat kita tak sabar nak makan. Ayam goreng ini memang sedap kalau diratah.
  4. Selamat mencuba dan menikmati semuanya.

cara perap ayam goreng biar lagi wangi cara perap ayam goreng biar lagi wangi cara perap ayam goreng biar lagi wangi cara perap ayam goreng biar lagi wangicara perap ayam goreng biar lagi wangi

@journey_dilahere Breakfast menu simple tapi mengenyangkan…#lempengtepung #reelsclasswithdhuna #roomcircletwd#resepilempenglembut #resepilempeng ♬ original sound – DILA HALID

Senang kan? boleh lah ikut cara perap ayam goreng biar lagi wangi dan sedap ini. Letak je bahan-bahan di atas. Confirm rasa akan jadi luar biasa!

Sumber: journey_dilahere

Baca lagi: Atikah Suhaimi Kongsi Lagi! Ini Resepi Menu Diet Pakai Terung Saja. Kena Ikut Cara Ni Baru Menjadi Kalau Nak Cuba!

tags: | |