Mungkin ada di antara kita yang pernah berhadapan dengan situasi di mana kita rasakan kita terlalu naif atau noob tentang sesuatu perkara. Jika begitu, anda bukanlah keseorangan selagi belum melihat sebuah video ini. Ada seorang pengguna Twitter dipercayai seorang pelajar di sebuah universiti awam telah menunjukan tutorial makan menggunakan bekas makanan.
Video tersebut kelihatan sangat ringkas namun ternyata masih ramai yang belum tahu menggunakan bekas tersebut. Perkongsian ini telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter, Khalid.
Dalam video berkenaan, seorang dari rakannya telah menunjukan cara makan yang sebenar menggunakan bekas makanan plastik jenis three compartment.
https://twitter.com/khalidashani/status/1163685602098761728?s=20
Dalam paparan tersebut, seorang lelaki ini telah menutup rapat bekas makanan dan segera menterbalikkannya. Rupanya itulah cara sebenar menggunakan bekas makanan jenis tersebut. Sementara itu, rakan-rakan lain telah bersorak riang sebelum meniru aksi berkenaan.
Menurut pemilik Twitter ini, dia memberitahu yang dia baru sahaja tahu trick berkenaan sepanjang 20 tahun dia hidup. Biarpun video tersebut sesuai dijadikan bahan hiburan tetapi perkongsian itu ternyata mengundang pelbagai reaksi oleh warganet. Ada yang teruja kerana baru mengetahuinya dan ada juga yang tertanya-tanya kalau bekas yang ada lubang macam mana.
Sumber: Twitter Khalid