Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Batuk Berpanjangan? Wanita Ini Kongsi Cara Rawat Batuk Dengan Mudah, Cepat & Berkesan. Petua Dari Pakistan!

Batuk Berpanjangan? Wanita Ini Kongsi Cara Rawat Batuk Dengan Mudah, Cepat & Berkesan. Petua Dari Pakistan!

Kategori: ,
cara rawat batuk dengan mudah

Sejak kebelakangan ini banyak keluhan yang didengar dari mulut bekas pesakit Covid-19. Di mana mereka terpaksa berhadapan dengan batuk yang berpanjangan. Sehinggakan ada yang berbulan-bulan masih lagi batuk namun tak kunjung hilang. Sudah cuba makan pelbagai jenis ubat namun batuknya tetap tidak hilang.

Batuk ini terjadi kerana adanya tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan dari terkena sebarang jangkitan. Ia juga dapat menggelakkan kuman memasuki paru-paru. Tindakbalas ini juga akan menghasilkan lendir atau kahak.

Mengalami batuk bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Batuk berpanjangan sehingga menyebabkan tubuh badan terasa penat dan letih. Dada juga turut terasa sakit ditambah pula jika ada yang terkencing. Memang tidak larat dan penat sungguh terasa. Namun tahukah anda, rupa-rupanya ada cara yang paling mudah untuk melegakan atau rawat batuk yang berpanjangan ini.

Cara rawat batuk dengan mudah, guna halia dan gula sahaja

Cara atau petua merawat batuk ini telah dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Suria Ramay menerusi aplikasi TikTok. Suria Ramay merupakan warganegara Malaysia yang telah berkahwin dengan orang pakistan dan pada ketika ini Suria menetap di Pakistan.

Dia sendiri telah mencuba petua yang dikongsikan oleh adik iparnya sebelum kongsikan kepada orang ramai. Menurutnya, memang berkesan, batuknya serta merta hilang. Hanya kemam halia yang digolekkan dalam gula dan kemam selama 15 minit. Untuk lebih lanjut, mungkin anda boleh melihat perkongsian video di bawah ini.

https://www.tiktok.com/@suria_ramay/video/7083923385008360731?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7029156571620214274

@suria_ramay Reply to @imnurani #tipsbatuk #jelajahpakistan #suamikupakistan #produkpakistan #mhitv3 #perakinpakistan #malaysiapakistan #kawincampur #pakistanembassymalaysia #chaipakistan #petuabatuk ♬ original sound – Suria Ramay 🇲🇾🇵🇰

Mudah sahaja kan cara rawat batuk? Tak perlu susah-susah nak buat air atau nak melakukan sesuatu yang merumitkan. Hanya kemam halia gula selama 15 minit dan rasailah sendiri kelegaannya.

Semoga bermanfaat!

Kredit: suria_ramay

Baca juga: Penat Korek Kuah, Rupa-Rupanya Ada Cara Paling Mudah Untuk Masukkan Kuah Dalam Nasi. Kepak Je Bekas Makanan Tu!

tags: |