Sudah hampir 2 tahun negara kita dibelenggu dengan Covid-19. 25 Januari 2020 merupakan tarikh keramat bagi Malaysia kerana tarikh tersebut merekodkan kes COVID-19 yang pertama. Semenjak dari itu, rakyat Malaysia perlu biasakan diri dengan norma baharu.
Semakin hari semakin ramai kenalan dan orang terdekat yang dijangkiti wabak ini. Pelbagai cara yang telah digunakan namun tetap juga dijangkiti. Ya, virus ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tidak kira sudah divaksin atau pun tidak.
Ada seorang wanita yang sempat berkongsi petua bagi merawat Covid-19 ini. Menurutnya atas pengalamannya serta keluarganya yang sudah dijangkiti Covid-19 dan mengamalkan air rebusan ketam nipah, mereka kembali sihat. Jom kita ikuti perkongsiannya.
Maaf ya. Saya nak cerita pengalaman saya. Dalam keluarga saya dah 6 family dah kena covid. Anak buah saya paling teruk tahap 4 dan 5. Yang taha[ 5 di Hospital Colombia Puchong. Doktor call bagitahu nak masukkan ubat tidur sebab anak dia dah tenat, menangis-nangis dah dia.
Saya suruh dia cakap dengan anak dia jangan bagi doktor masukkan ubat tidur dulu. Saya hantar air rebusan ketam. Keesokkannya doktor bagitahu tak jadi masukkan ubat tidur. Palet darah dia dah nampak okay.
Suami dia pula tahap 4 dekat Hospital Ampang. 3 hari berturut-turut saya pergi hantar air rebusan ketam. Hari 4 keluar wad. Anak buah tahap 4 dua orang dekat Sungai Buluh. Hari ke 4 juga keluar. Kawan baik kat Sungai Buluh tahap 4 juga pun sama. Hari ke 4 dah keluar wad.
Anak saya sendiri positif Covid, demam sesak nafas terus saya bagi air rebusan ketam. esok tu demam dah tak ada. Cuma batuk. Saya belikan antibiotics dengan ubat batuk. Alhamdulillah sekarang dah sihat. Tapi tetap juga kena kuarantin. Wajib.
Kalau ada siapa-siapa yang posotif Covid tu cuba buat. Jangan percaya apa yang saya cakap. Buat dulu baru tahu macam mana. Saya cuma share pengalaman saya.
Mungkin bagi anda atau kaum keluarga anda yang dijangkiti Covid-19 boleh cuba air rebusan ketam nipah ini. Jadikan ia sebagai ikhtiar. Kalau sembuh Alhamdulillah. Namun apa yang penting tetap percaya dan yakin kepada Allah, tuhan yang maha menyembuhkan.
Kredit: Petua Herba Channel
Baca juga: Respon ‘Padu’ Doktor, Bila Ramai Percaya Hidu Rebusan Bunga Cengkih Rawat Covid-19