Jika berkunjung ke kedai makan, antara hal yang selalu terjadi sehingga menimbulkan salah faham antara peniaga dan pelanggan adalah kerana berlakunya kesilapan komunikasi. Misalnya, salah faham ketika mengambil pesanan pelanggan, makanan sampai lewat dan hal-hal berkait.
Perkara sebegitu akan memusnahkan reputasi sesebuah kedai makan kerana ketidakpuasan hati pelanggan akan berlaku. Jadi, kebarangkalian pelanggan tersebut tidak akan berkungjung lagi ke kedai makan berkenaan adalah besar.
Bercakap soal layanan peniaga kepada pelanggan, sebuah kedai makan Nasi Ayam Mafia di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor mendapat pujian orang ramai kerana cara sistematik dan kecekapan mereka melayan pelanggan yang berkunjung ke kedai makannya.
Seorang pengguna Twitter, Salleh Fahmi menciap dan memberi pujian kepada kedai makan Nasi Ayam Mafia tersebut dan ciapannya menarik perhatian netizen. Dia berkata, kedai makan tersebut semmangnya mengamalkan konsep berniaga yang baik kerana menjaga pelanggan dalam berusaha memberi layanan yang terbaik.
“Macam ni baru betul-betul berniaga. Jaga customer baik, jaga rider baik, ordering sistem pantas dan teratur siap ada order screen. Jadi, kalau take away efisyen.
“Nak kuah boleh layan diri,, rating Foodpanda beribu-ribu 5 star. Request kuah lebih dapat, bahagian ayam dapat. Servis A,” katanya dalam ciapan kagum dengan cara Restoran Nasi Ayam Mafia layan pelanggan.
Dalam ciapan yang sama, beberapa gambar memberi maklumat tentang bagaimana komuniskasi di antara peniaga dan pelanggan wujud. Ada beberapa kain rentang yang dipasang di kedai tersebut tentang jangan malu untuk follow up order dan sebagainya.
Selain itu, mereka juga memberikan teh o ais percuma kepada semua para rider tidak kira daripada Foodpanda atau Grab Food yang sedang menunggu pesanan siap.
Macam ni baru betul2 meniaga..
Jaga customer baik, jaga rider baik, ordering system pantas dan teratur siap ada order screen, jadi kalau take away efisyen
Nak kuah boleh layan diri
Rating Food Panda beribu2 5star..
Request kuah lebih dapat, bahagia ayam dapat..Servis A pic.twitter.com/JQYDVN03W1
— Salleh on Social (@SallehFahmi) September 25, 2022
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang turut memuji kecepakan dan penelitian tentang kepuasan hati pelanggan yang dilakukan oleh kedai makan tersebut. Tidak kurang juga yang menyatakan sememangnya kualiti dan kuantiti makanan yang dijual di kedai ini juga sedap-sedap belaka.
“Siap cakap jangan segan follow up order. Kalau kedai lain mahu kena jeling suruh sabar,” komen Kak Mich.
“Bila bos dengar kata pekerja, bos nampak ada lompong yang boleh dibaiki. Dia tak segan nak invest something untuk kemudahan semua pihak. Makanan sedap. Kedai macam ni yang sesuai diviralkan,” kata netizen bernama Iqbal di ciapan kagum dengan cara Restoran Nasi Ayam Mafia layan pelanggan.
“Nasi ayam crispy dia padu, ayam besar harga murah RM7.90 sahaja. Cendol & gula melaka pun sedap,” tulis netizen lain bernama Min Dzulkiflee.
Sememangnya jika dalam perniagaan, kepuasan hati pelanggan adalah hal utama bagi peniaga. Semoga perkongsian ini dapat memberi contoh kepada peniaga lain untuk mengambil intipati dan rujukan yang baik.
Terkadang, ia bukan sekadar fasiliti di restoran, tetapi tentang cara peniaga melayani pelanggan secara ikhlas, itu adalah jalan keberkahan pintu rezeki dibuka luas.
Sumber: Salleh Fahmi