Apabila berpuasa ditambah pula dengan musim panas pastinya enak jika dapat minum sesuatu yang menyejukkan dan memuaskan anak tekak. Antara minuman yang paling digemari orang ramai saat ini adalah Mango Shake Matpet.
Cara menyediakannya memang cukup mudah dan pastinya sangat sedap dengan menggunakan resepi yang dikongsi oleh Norliza Razali ini.
Resepi Mango Shake Matpet Yang Mudah
Bahan-Bahan :
- Susu segar (wajib na)
- Mangga masak(nak sedap boh banyak sikit utk kita blander)
- (sediakan pelam potong dadu utk setiap hidangan)
- Air
- Susu pekat
- Susu cair
- Ais krim vanilla
- Ais secukupnya
- Sunquick perisa mangga
Cara Penyediaan :
- Blend semua skali dan adjust rasa masam manis dan lemak. Siap untuk di hidang dengan buah mangga potong.
- Kalau nak sedap lagi letak la aiskrim vanilla tapi dalam shake tadi memang ada letak dah ais krim vanilla.
- Jangan lupa sentiasa senyum.. inshaAllah bertambah sedap
Nota : Resepi bg dah. Kalau bermanfaat kakliza minta hgpa doakan kakliza semoga Allah swt permudahkan segala urusan dan sentiasa murahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, tercapai semua impian kakliza sekeluarga.
Baca juga : Jom Buat Air Mango Dessert Yang Sedap Ni, Bahannya Mudah Sahaja Yang Penting Sedap!