Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas turut dipanggil sebagai ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela dan ubi rambat. Mempunyai pelbagai warna dan rasa, kebiasaannya ubi-ubi ini mudah untuk didapatkan.
Warna dan teksturnya amat berbeza dengan ubi kayu, ubi keledek ini juga bagus untuk kesihatan manusia. Ia mengandungi vitamin B6 yang tinggi dan sumber vitamin C yang baik. Di samping itu, ubi ini zat besi dan mangnesium yang bagus untuk tulang manusia.
Terdapat dua warna iaitu ungu dan oren, ubi ini sering disediakan para ibu kepada anak mereka yang berusia bawah 6 bulan. Malah bukan itu sahaja, masyarakat kita pada hari ini sering menjadikan ubi keledek ini sebagai hidangan pada waktu petang.
Ada juga yang gemar memasukkan ubi ini ke dalam sayuran yang berlemak. Malah untuk membuat kuih muih seperti lepat, kuih talam dan cek mek molep, ubi keledek ini sering digunakan sebagai bahan utama.
Mudah untuk didapatkan dan harganya juga sangat berpatutan. Walaubagaimanapun, jika ada di antara anda yang suka bercucuk tanam bolehlah tanam sendiri ubi keledek ini di rumah. Tak perlu semai di dalam kebun atau tanah yang lapang, ubi keledek ini juga boleh hidup subur di dalam pasu jika tahu tekniknya.
Nak tahu teknik semaian ubi keledek dalam pasu? Jom kita ikuti perkongsian dari Azuan Abdullah di bawah ini.
Tengah bulan 10 yang lepas, saya ada beli 3 kg ubi keledek daripada member. Saya tak pasti ia jenis apa. Yang pasti, isinya warna oren. Sangat sedap bila direbus.
Anak-anak pun suka sangat sarapan keledek rebus. Bila Puan Isteri buat kuih “cek mek” terasa lemak manis keledek tu.
Perangai saya, bila dah sedap mesti nak tanam punya. Hihi.
Masalahnya, untuk hasilkan ubi, keledek mesti ditanam daripada keratan pucuk atau batang. Jika tanam daripada ubi, pokok memang cantik tetapi tiada ubinya.
So, saya pun ambil la 2 ketul leledek tu untuk cuba semai guna kaedah keratan ubi.
Alhamdulillah, ianya menjadi dengan baik sekali. Selepas 35 hari, saya dapat ambil pucuknya untuk ditanam dalam tong.
Mudah sahaja kan cara nak tanam ubi keledek ni? Tanam dalam pasu je, tetap menjadi dan subur tau. Bagi korang yang amat minat menanam, bolehlah cuba tanam ubi ini.
Kredit: Azuan Abdullah