Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Elak Panic Buying! Ini Cara Simpan Beras, Tepung Gandum dan Rempah Yang Anda Perlu Tahu!

Elak Panic Buying! Ini Cara Simpan Beras, Tepung Gandum dan Rempah Yang Anda Perlu Tahu!

Kategori: ,

Sejak-sejak ini, media tempatan dan luar negara sibuk melaporkan krisis makanan yang melanda di beberapa buah negara akibat gelombang haba serta faktor lain seperti koflik dua negara pengeluar gandum iaitu Ukraine dan Rusia yang tak berkesudahan.

Tak dinafikan agak menakutkan bila mendengarkan berita kekurangan stok makanan dan kenaikan harga barang. Walaupun negara kita menjamin ketersediaan stok makanan, namun tak salah jika kita nak buat perancangan awal.

Elok juga untuk kita buat sedikit persiapan untuk stokkan bahan makanan penting seperti beras, tepung gandum, dan rempah.

Cara simpan beras, tepung gandum, dan rempah juga cukup mudah untuk anda ikuti. Ia juga sangat membantu untuk pelihara stok makanan di rumah daripada kulat serta haiwan dan serangga perosak. Jom kita lihat cara-caranya.

Cara Simpan Beras Boleh Tahan Sampai 20 Tahun

Untuk pastikan beras bebas kutu beras dan boleh tahan sampai berpuluh tahun, beras yang dibeli perlulah ditukar daripada paket asal kepada bekas kedap udara. Mungkin ramai yang tak sedar tapi pembungkus asal beras tak tahan lama dan boleh dedahkan beras pada kerosakan serangga, haiwan perosak dan oksigen.

Kalau nak tahu, cara simpan beras ni biasa digunakan oleh Mat Salleh untuk panjangkan jangka hayat beras. Anda boleh gunakan botol air mineral terpakai atau tong putih yang kedap udara.

Kalau ada mesim vakum makanan, anda boleh gunakannya untuk vakum beras di dalam plastiknya.

Jika nak simpan beras ke dalam botol atau tong, kemudian letakkan oxygen absorber di bahagian dasar bekas. Fungsinya adalah untuk serap oksigen yang boleh pendekkan jangka hayat beras.

Beras yang disimpan dalam botol air mineral jenis lutsinar pula perlu di’seal’ penutupnya dengan selotape. Botol boleh dilabel dengan tarikh belian beras. Kemudian, simpan di tempat yang gelap dan kering, contohnya di dalam kotak.

Cara Simpan Tepung Gandum Supaya Tahan Lama

Seperti beras, bekas yang tak kedap dan persekitaran yang lembap boleh mengundang ulat tepung. Oleh itu, anda perlulah tahu cara simpan tepung dengan betul supaya dapat elakkan tepung berbau hapak dan tahan lama.

Jauhkan tepung gaundum daripada bahan yang berbau kuat.

Simpan di tempat yang bersih, kering dan dingin.

Lagi satu, bila nak simpan tepung, elakkan dari mencampur tepung yang baru dengan yang lama. Walaupun dari jenis atau jenama yang sama, tapi lebih elok jika tepung gandum tak bercampur untuk menjamin kesegaran tepung.

Yang paling penting sekali, simpankan tepung dalam bekas yang bersih dan tertutup rapat.

InsyaAllah dengan cara ini, ia boleh buat tepung tahan sehingga 8 bulan.

Cara Simpan Rempah Segar

Tak seperti rempah kering, rempah segar lebih sukar untuk tahan lama. Namun, dengan cara penyimpanan yang betul, ia dapat bertahan lebih lama daripada biasa.

Cara Simpan Bawang

Nak simpan bawang ni agak tricky sebab kalau nak dikupas awal, ia boleh lebam. Kalau dicuci, ia boleh jadi cepat busuk.

Jadi cara terbaik untuk simpan bawang adalah dengan letakkanya dalam bekas yang ada aliran udara yang baik seperti bakul. Jangan lupa untuk simpan bawang pada kawasan yang tiada pencahayaan. Tak perlu cuci, tau! Bila nak guna baru cuci.

Cara Simpan Cili Hidup

Rasanya tak sah kalau satu hari tak makan cili. Tapi masalah bila beli cili hidup ni, ia cepat busuk atau kecut. Untuk memastikan ia kekal lebih segar, anda boleh simpankannya ke ke dalam freezer. Boleh tahan sampai setahun!


Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Buang tangkai cili api dan basuh bersih.
  2. Tos (gunakan tisu dapur untuk menyerap lebihan air)
  3. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
  4. Simpan dalam peti sejuk beku (frozen).
  5. Bila hendak guna ambil mengikut keperluan anda masa itu. (Baki selebihnya biarkan terus frozen)
  6. Biarkn sekejap dekat luar seminit dua sudah tidak perlu di basuh

Untuk rempah segar lain seperti serai, lengkuas, halia dan kunyit hidup, kita pernah kongsikan tekniknya. Kalau kena dengan cara, ia boleh tahan sampai 3 ke 6 bulan tau!

teknik simpan sayur

Barulah lega sikit bila tahu cara simpan beras, tepung gandum, dan rempah dengan betul. Sementara ada ruang dan rezeki untuk beli stok makanan, manfaatkannya sebaik mungkin.

Mungkin agak leceh untuk stokkan makanan, namun ia sangat membantu dan menjimatkan masa anda daripada nak berulang alik ke pasar raya.

Kalau mampu, boleh beli ekstra 1 atau 2 paket sebagai stok. Kita pun kalau boleh nak elak panic buying macam awal pengumuman PKP dulu-dulu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!

Kredit : rasa.my, sinarplus, utusantv, impiana

tags: |