Siapa kat rumah wajib ada daun ketumbar ni? Buat stok banyak-banyak, senang bila nak masak nasi ayam, sup, tom yam dan macam-macam lagi. Tapi daun ketumbar tidak tahan lama jika ‘salah cara’ simpan, daunnya akan jadi layu dan berubah warna.
Jadi, macam mana cara sebenar supaya daun ketumbar kekal tahan lama selepas sebulan? Jom lihat perkongsian oleh Noor Hafiza Mohamad. Barulah cantik jika dijadikan hiasan atas lauk, masih kekal hijau daunnya.
Sebelum ini sis rendam akarnya dan masukkan dalam bekas yang sama. Ia tidak tahan lama dan akar cepat reput dan busuk. Mungkin juga sebab sis tak kerap tukar airnya.
Oh ye, ada yang suka simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang. Sis tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.
Sis pula lebih pentingkan bentuknya, guna container macam ni lebih praktikal bagi sis. Bekas pon senang nak basuh dan keringkan. Sis dah guna beg ziplock. Tak serasi, leceh nak basuh dan lambat kering.
Nak tahu resultnya tengok pada setiap gambar ye.
Letak bekas di bahagian depan. Elakkan letak bekas sayur daun sehingga bahagian dalam peti ais untuk elakkan beku (chilling injury).
Setiap 4 hari sekali, kena check untuk buang daun yang reput.
Kredit: Noor Hafiza Mohamad