Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Simpan Daun Pisang Supaya Tahan Lama, Dah 2 Bulan Pun Kekal Hijau & Segar!

Cara Simpan Daun Pisang Supaya Tahan Lama, Dah 2 Bulan Pun Kekal Hijau & Segar!

Kategori: ,
Cara Simpan Daun Pisang

Bagi mereka yang tinggal di bandar, setiap kali nak guna daun pisang pasti perlu ke pasar basah untuk mendapatkannya. Namun, ianya dijual dalam gulungan yang banyak dan pasti banyak lebihan selepas digunakan. Kalau tak digunakan sehingga habis, risau rosak pula.

Jangan risau, ada cara mudah untuk simpan daun pisang supaya kekal segar selama 2 bulan. Jom ikuti caranya perkongsian oleh Intan Cahaya Rieqal di bawah. Selepas ini, mudah la nak buat nasi lemak bungkus daun pisang atau kuih lepat pisang.

Cara Simpan Daun Pisang Supaya Tahan Lama

Dapat daun pisang ni byk dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.

Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit.

Kemudian toskan atau sejat air sekejap. Masukkan dlm beg plastik dan simpan dlm peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.

Kredit: Intan Cahaya Rieqal 

tags: |