Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Lempuk Durian Agar Tahan Lama, Dah 4 Tahun Pun Masih Elok Lagi!

Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Lempuk Durian Agar Tahan Lama, Dah 4 Tahun Pun Masih Elok Lagi!

Kategori: ,
cara simpan lempuk durian

Lempuk merupakan sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada Durian. Makanan tradisional ini sebenarnya sudah hampir pupus memandangkan tak ramai yang rajin membuatnya. Walaupun begitu pasti ramai yang menggemari Lempuk Durian ini. Lebih-lebih lagi golongan yang berusia.

Mengenai Lempuk Durian ini, tahukah anda bagaimana cara untuk memastikan Lempuk Durian yang dibuat tahan lebih lama. Walaupun dah bertahun-tahun, ianya masih lagi elok. Tidak berkulat dan selamat untuk dimakan.

Bagi anda yang berhasrat untuk menyimpan Lempuk ini untuk jangka masa yang panjang, mungkin anda boleh menggunakan cara atau kaedah yang dikongsikan oleh Nor Tipah Zakaria ini.

Cara Simpan Lempuk Durian Agar Tahan Lebih Lama

Lempuk yang Che Pah buat sedap dimakan begitu sahaja atau buat serawa cicah roti jala, serabai dan makan dengan pulut. 

Lempuk tahun ini mula-mula buat 20 biji sahaja. Kemudian 25 biji dan 25 biji lagi. Letak gula cuma 2 senduk dam garam 1 sudu teh. Yang mula kacau selama 4 jam dan yang kemudian tambah tolak 7 jam. Kacau sambil-sambil, bila ada kerja stop dulu, kemudian sambung kembali. 

Lempuk yang siap tak lekat dijari. 

Cara simpan, bungkus macam bungkus coklat. Bila nak makan ambil satu-satu. Tak habis makan simpan dalam fridge. nak simpan lama masuk dalam freezer. 

Jadi buat anda yang berhasrat untuk simpan Lempuk Durian yang anda sediakan lebih lama. Empat lima tahun ke depan pun masih lagi elok dan sedap dimakan. Mungkin anda boleh gunakan cara ini. Tak payah nak letak dalam bekas pun, bungkus dalam plastik je. Selamat mencuba!

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nor Tipah Zakaria

Baca juga: Pencuci Mulut Paling Legend & Paling Sedap Di Dunia, Ini Dia Cara Terbaik Buat Pengat Durian

tags: |