Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Pisang Cepat Lebam dan Lembik ? Ini 5 Cara Simpan Pisang Supaya Tak Cepat Busuk dan Tahan Lebih Lama

Pisang Cepat Lebam dan Lembik ? Ini 5 Cara Simpan Pisang Supaya Tak Cepat Busuk dan Tahan Lebih Lama

Kategori: ,

Pisang adalah buah antara buah-buahan yang cukup digemari rakyat Malaysia. Selain harganya yang mampu milik, ia juga mudah untuk didapati sepanjang tahun.

Ia juga mengandungi pelbagai manfaat pada kesihatan antaranya mengawal tekanan darah, mengatasi masalah sembelit dan dapat memberi tenaga dengan segera.

Tapi yang menjadi masalah apabila beli buah pisang ini adalah ianya tak tahan lama. Baru beli beberapa hari, buah ini sudah mula menghitam, jadi lembik dan busuk. Bila dah jadi macam ni, terpaksalah anda gunakannya untuk buat cekodok pisang!

Kalau anda nak tahu, perkara ini berlaku kerana kita tak tahu cara simpan pisang dengan betul. Jika kena dengan caranya, insyaAllah buah ini akan kekal segar dengan lebih lama.

Jom ikuti 5 tips simpan pisang supaya ia tak cepat lebam atau busuk.

Cara Simpan Pisang

5 Cara Simpan Pisang Supaya Tahan Lebih Lama

1. Asingkan Buah Yang Dah Masak Dan Belum Masak

Tak kiralah sama ada anda beli setandan atau sesisir pisang, anda perlulah pilih pisang dan asingkan buah yang dah masak dan yang belum masak. Dengan cara ini, pisang akan tahan lebih lama. Jadi, anda tak perlulah habiskan semua pisang dalam masa yang singkat.

2. Basuh Pisang Dengan Air Bersih

Cara Simpan Pisang

Untuk percepatkan proses kematangan pisang, kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia. Jadi, basuhlah pisang yang anda beli dengan air bersih supaya dapat mengelakkan kita daripada termakan bahan kimia dan mencegah pisang supaya masak lebih cepat.

3. Balut Tangkai Pisang Dengan Aluminium

Cara Simpan Pisang

Satu lagi petua yang sering digunakan bagi mengekalkan kesegaran pisang adalah dengan membalut tangkai pisang menggunakan kertas atau kertas aluminium. Kemudian, simpankan pisang di tempat yang mempunyai ruang pengudaraan yang baik.

Selain itu, anda juga boleh gantungkan pisang dalam keadaan tangkai ke atas bagi mengurangkan bintik-bintik pada pisang.

4. Jangan Simpan Pisang Bersama Epal

Cara Simpan Pisang

Elakkan simpan pisang bersama epal. Sebenarnya, epal akan membebaskan ‘ether’, sejenis bahan kimia yang boleh membuatkan pisang masak dengan lebih cepat.

5. Elakkan Menghentak Pisang

Untuk mengelakkan pisang cepat busuk, anda perlulah elakkan menghentak pisang atau letaknya dengan kasar. Jangan tindih dan letakkannya dengan perlahan kerana hentakan yang kuat boleh menyebabkan kulit pisang menjadi cepat gelap atau lebam. Isinya pula akan jadi cepat lembik.

Begitulah antara cara simpan pisang yang anda perlu tahu. Lepas ini, takkan timbul lagi masalah pisang cepat busuk bila dibeli. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

tags: |