Aiskrim memang banyak dijual di kedai tetapi harganya agak mahal bagi orang yang pendapatannya tidak seberapa. Lebih-lebih lagi mempunyai anak yang ramai. Jadi mungkin anda boleh buat sendiri aiskrim yang macam ni. Bahan yang digunakan juga tak banyak, hanya 5 bahan sahaja. Kemudian boleh makan sepuas hati. Jadi jom kita ikuti resepinya.
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu pekat
- 2 tin susu cair
- Sedikit garam
- Esen vanila
- 2 sudu besar ovelet
CARA PENYEDIAAN:
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer.
- Gunakan speed paling maximum.
- Mix kan selama 20 minit. Lepas 20 min adunan akan menjadi lebih pekat.
- Kemudian bahagikan adunan dalam mangkuk. Letak kan colour. Layerkan adunan aiskrim dlm bekas.
- Simpan kan dlm freezer 1 malam.
- Siap untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Kak Lina