Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Mudah Buat Bubur Kacang Hijau Durian Yang Sedap Dan Cepat, Tak Sampai 1 Jam Dah Siap

Cara Mudah Buat Bubur Kacang Hijau Durian Yang Sedap Dan Cepat, Tak Sampai 1 Jam Dah Siap

Kategori:
resepi bubur kacang

Bubur kacang merupakan antara hidangan pemanis atau pencuci mulut yang sangat enak dan sangat popular pada zaman dahulu. Kebanyakan orang tua atau pun orang lama sangat menggemari bubur yang menggunakan kacang hijau sebagai bahan utama ini.

Buat yang pernah memakannya pasti tahu bagaimana rasanya bukan? Lebih enak jika dicampurkan bersama-sama dengan sagu dan juga durian. Nak cuba buat bubur kacang ini? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Tak sampai 1 jam pun masak dah jadi bubur. Memang sedap sangat.

Resepi Ringkas Bubur Kacang Hijau Yang Sedap & Menyelerakan. Sekejap Je Dah Siap!

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gram kacang hijau
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit halia | dihiris nipis
  • 2 kotak santan kecil
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 keping gula melaka
  • Sedikit air
  • Beberapa ulas durian

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus kacang hijau terlebih dahulu. Kalau nak cepat boleh rebus dalam pressure cooker. Kalau rebus dalam pressure cooker 30 minit je. Keluar-keluar lembut. Kalau noxxa 20 minit dah cukup. Tambahkan air lebih dari kacang hijau takpe.
  2. Kemudian masukkan daun pandan, hirisan halia, santan, garam, gula melaka, durian dan air ke dalam periuk.
  3. Masak dan tambah air sedikit demi sedikit ikut kepekatan sesuai dengan tekak anda.
  4. Tambahkan gula perang ikut rasa tekak dan cantikkan warna bubur.
  5. Apabila isi durian dah tertanggal dari bijinya boleh tutup api.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat bubur kacang hijau ini? Ikut je langkah di atas memang sedap dan menjadi. Lebih sedap jika dicicah pula bersama dengan roti bakar atau pun roti biasa. Memang terbeliak biji mata tau. Jadi tunggu apa lagi tu, tak nak cuba buat sekarang ke?

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Ben Safwan Via MAHN

Baca juga: Wanita Ini Kongsikan Resepi Bubur Candil Ceria Sebagai ‘Night Dessert’

tags: |