Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Cara Simple Buat Nasi Minyak & Daging Beriani, Memang Padu Rasanya!

Cara Simple Buat Nasi Minyak & Daging Beriani, Memang Padu Rasanya!

Kategori: ,

Nak buat nasi minyak simple sahaja, takde lah rumit sangat. Cuma yang penting tahu berapa sukatan untuk itu ini.

Nasi minyak daging beriani ini kebiasaanya mak-mak akan hidang sewaktu hari raya atau rumah terbuka.  Nak makan ketika bulan puasa semasa berbuka pun okay.

Nak makan hari-hari biasa pun okay je, takde masalah. Cuma kalau makan ramai-ramai lagi best, lagI padu.

RESIPI NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan margerin/planta
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukupnya
  • 1 kuib stok ayam
  • Pewarna kuning

BAHAN KISAR:

  • 6 biji bawang merag
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

BAHAN HIASAN:

  • bawang goreng
  • daun bawang dihiris

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
  2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
  4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
  5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

RESIPI DAGING BERIANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
  • 1/2cawan minyak
  • 1 cawan air
  • 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • sedikit garam
  • 2 biji kentang dipotong 4
  • sedikit susu cair ( agak2 )
  • 2 sudu cili kisar

BAHAN KISAR:

  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 1 1/2 cm halia

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
  2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Angah Izan

Baca  juga: Tips Penting Supaya Kek Batik Indulgence Anda Nampak Cantik Dan Bersinar

tags: