Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Tepat Masak Nasi Untuk Portion Kecil, Barulah Tak Berkerak & Membazir 

Cara Tepat Masak Nasi Untuk Portion Kecil, Barulah Tak Berkerak & Membazir 

Kategori: ,
cara masak nasi portion kecil

Selain gandum, nasi juga merupakan makanan asasi manusia. Ada yang sangat menggemari nasi ini sehinggakan tidak cukup sepinggan. Namun ada juga yang sebaliknya. Bagaimana boleh terjadinya nasi ini? Nasi berasal dari padi, dari padi ia menjadi beras. Beras tersebut perlu ditanak terlebih dahulu sebelum menjadi nasi dan dimakan dengan lauk pauk lain.

Berkenaan dengan nasi ini, pernah tak anda berada di situasi malas nak masak nasi apabila tiada orang dekat rumah. Mana tak malas, kadangkala kalau masak dalam hidangan yang sedikit, nasi selalu berkerak. Apabila ada kerak, kerak tersebut pastinya akan dibuang. Bukankah itu adalah satu pembaziran? Bukan sahaja membazir malah nak basuh periuk nanti pun rasa malas.

Nak elakkan sebarang masalah berlaku walau masak nasi dalam portion yang kecil? Mungkin anda boleh ikuti cara atau perkongsian dari Amalina Aziz ini. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa cara ini adalah cara yang tepat atau terbaik untuk kita masak nasi. Jadi jom kita ikuti cara di bawah ini.

Cara Masak Nasi Untuk Seorang Makan. Mudah, Jimat Dan Tak Berkerak!

  1. Ambil beras dalam setengah mug dan basuh seperti biasa. Kalau nak 2 mug nasi, buat lagi satu.
  2. Kemudian isikan air ke dalam mug. Agak-agak sampai hampir penuh. Beras tadi anggarkan dalam separuh mug. Untuk perkongsian Amalina ini, dia menggunakan mug seramik kaca supaya tak pecah. Boleh juga nak guna cawan atau bekas stainless steel kalau ada.
  3. Kemudian isikan air dalam rice cooker lebih kurang separuh penuh dan tekan butang cook. 
  4. Siap untuk dimakan. 

Mudah dan sangat cantik kan hasil masak nasi dalam portion yang kecil ini? Mungkin selepas ini anda boleh mencubanya sendiri di rumah. Kalau tiada mug seramik macam yang kat atas pun tak apa. Anda masih boleh menggunakan cawan yang lain namun pastikan cawan tersebut tahan panas dan juga selamat untuk digunakan.

Kredit: Puan Amalina Aziz

Baca juga: Tukang Masak Ini Kongsi Ilmu Pengasih & Rahsia Besar Masak Nasi. Barulah Nasi Sedap & Cantik 

tags: |