Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi Minuman Tradisional Untuk Buang Batu Karang Secara Semulajadi Yang Orang Ramai Perlu Cuba.

Wanita Ini Kongsi Minuman Tradisional Untuk Buang Batu Karang Secara Semulajadi Yang Orang Ramai Perlu Cuba.

Kategori:
batu karang

Masalah batu karang sudah menjadi antara penyakit yang sering dihadapi oleh orang ramai. Namun, ramai yang memandang temeh terhadap masalah ini kerana ianya sukar dikesan pada peringkat awal.

Untuk mencegah masalah ini, orang dahulu selalu memesan untuk meningkatkan pengambilan air kosong bagi menjaga kesihatan buah pinggang. Selain itu, terdapat beberapa rawatan moden dan tradisional yang boleh diamalkan untuk menyingkirkan batu karang secara semulajadi.

Bagi anda yang tidak ingin mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat masalah ini, boleh lah cuba petua yang dikongsikan oleh Emma Wan Noordin di Facebook. Petua itu sering disarankan olehnya kepada pesakit batu karang kerana ia terbukti berkesan.

Minuman Tradisional Untuk Menyingkirkan Batu Karang.

Walaupun saya agak huh hah huh hah modern thinking orang nya, tapi sy percaya dgn resepi2 natural org dulu2 utk kesihatan.

Kalau ada yg ngadu ngan saya dia ada batu karang sakit guling2, saya akan suruh perah half biji lemon dalam cawan, 2 sudu besar virgin olive oil, dan penuh kan cawan dgn air.

Minum setiap pagi..insyallah keluar lah batu karang tu (dalam urine kalau lelaki batu besar mcm pic) .

Kalau perempuan maybe pecah n jadi serpihan pasir. Try lah sbb ni bahan makanan biasa je pun.

Jgn tanya batu karang sapa dlm pic ni.. Dah terkumpul lama.. Blh buat batu cincin pun ni.

batu karang  batu karangbatu karang

Menurut wanita itu, ada cuma memerlukan 3 bahan sahaja iaitu lemon, minyak zaitun dara dan secawan air untuk menyingkirkan batu karang. Perlu diamal setiap pagi, ia dijamin berkesan.

Bagi anda yang mencari petua mudah untuk mengatasi masalah batu karang, boleh lah amalkan minuman ini. InshaAllah jika kita cuba dan amalkan secara konsisten, masalah itu dapat diatasi. Tak salah pun jika kita cuba cara ini kerana ia menggunakan bahan semulajadi dan tanpa kimia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Kredit: Emma Wan Noordin via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Tips & Petua Turun Temurun Untuk Hilangkan Cacing Pada Kanak-Kanak. Guna 3 Bahan Dapur Ini Sahaja!

tags: | |