Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Tak Perlu Guna Sabun Atau Rendam, Guna Cara Ini Untuk Bersihkan Papan Pemotong Kayu Di Dapur

Tak Perlu Guna Sabun Atau Rendam, Guna Cara Ini Untuk Bersihkan Papan Pemotong Kayu Di Dapur

Kategori: ,
papan pemotong kayu

Papan pemotong kayu lebih diguna ramai kerana tahan lebih lama dan lasak. Selain itu, ia juga boleh dijadikan bahan perhiasan kerana rupanya yang minimalis dan klasik.

Penjagaan yang tepat dapat memastikan papan pemotong anda tahan lama dan kelihatan seperti baharu tapi sayangnya tak semua dari kita tahu cara membersihkannya.

Dah puas basuh dengan sabun pencuci tapi masih lagi ada kotoran? Tak perlu risau, di sini kami ingin berkongsi cara momihood membersihkan papan pemotrong kayu (boleh dapatkan di sini)  dengan cara yang lebih mudah tapi berkesan.

Tak Perlu Guna Sabun Atau Rendam, Guna Cara Ini Untuk Bersihkan Papan Pemotong Kayu Di Dapur

Bahan-bahan

  • Air panas
  • Garam
  • Baking soda
  • Cuka putih

Cara-caranya

  1. Tuangkan air panas pada permukaan papan pemotong anda. papan pemotong kayu
  2. Kemudian, tuangkan garam dan gosok-gosok sekejap pada permukaan. papan pemotong kayu
  3. Letakkan baking soda dan gosok lagi. papan pemotong kayu
  4. Tambahkan cuka putih dan gosok-gosok permukaan hingga keluar kotoran hitam. papan pemotong kayu
  5. Bilas dengan air panas dan lap permukaan papan pemotong kayu anda hingga kering, selesai dan sesuai untuk disimpan. papan pemotong kayu papan pemotong kayu

Nota: Untuk kotoran dan kesan yang degil, selepas dituangkan baking soda, seeloknya tunggu 15 minit barulah digosok permukaan papan pemotong.

Tonton video penuh di bawah.

@momihood Tips dapur 🥳 #fyp #fypage #foryoupage #tipsrumahtangga #tipsmasak #viral #xyzbca #xyzcba #alatdapur ♬ bearies ng mamba – PDR Bearies

Mudah sangat tips yang dikongsikan ini, kan? Anda tak perlu lah membazir sabun (maklumlah sabun pencuci pinggan sekarang semakin mahal!), guna sahaja bahan-bahan dan cara yang telah dikongsikan ini bagi membersihkan papan pemotong kayu anda di dapur.

Kredit: momihood

Baca Juga: Ini Cara Cuci Dapur Gas Kotor & Berkerak, Guna 2 Bahan Dapur Ini Saja Terus Bersih Seperti Baru!

tags: | |