Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Individu Ini Dedahkan Cara Untuk Bezakan Restoran Mamak Muslim Dengan Hindu

Individu Ini Dedahkan Cara Untuk Bezakan Restoran Mamak Muslim Dengan Hindu

Kategori: ,
restoran mamak

Di Malaysia, restoran “mamak” sering menjadi pilihan lokasi buat rakyat Malaysia untuk melakukan aktiviti melepak. Tak kira usia, rata-rata semua lapisan masyarakat suka ke restoran mamak kerana terdapat pelbagai hidangan kegemaran Malaysia seperti nasi kandar, roti canai, teh tarik dan banyak lagi.

RESTORAN MAMAK

(Lauk yang boleh didapati di restoran mamak)

Umum sudah tahu bahawa mereka yang beragama Islam turut gemar ke restoran mamak. Namun begitu, baru-baru ini seorang pengguna, Afyan Mat Rawi telah berkongsi panduan yang anda patut tahu mengenai cara untuk memilih restoran mamak Muslim.

Posting tersebut berjaya meraih lebih 4 ribu share di laman Facebook dan merupakan panduan yang sangat berguna, terutamanya buat mereka yang beragama Islam.

Panduan Untuk Membezakan Restoran Mamak Muslim Dengan Hindu

1. Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali.

RESTORAN MAMAK

2. Periksa Samada Makanan Mereka Ada Masakan Daging Lembu Atau Tidak.

RESTORAN MAMAK

3. Cara Paling Ampuh, Berikan Salam Dengan Lafaz “Assalamualaikum”.

RESTORAN MAMAK

4. Restoran Mamak Muslim Akan Ditutup Waktu Solat Jumaat.

RESTORAN MAMAK

5. Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Poster Ayat Suci Al-Quran.

RESTORAN MAMAK

6. Boleh Menyemak Nama Restoran Dengan Website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)

RESTORAN MAMAK

Menurutnya, posting ini juga pernah dikongsikan beberapa tahun lalu. Oleh kerana mempunyai waktu yang terluang, dia telah memilih untuk membuat sendikit pemantauan.

RESTORAN MAMAK

Semoga orang ramai mendapat manfaat dari panduan yang dikongsikan oleh beliau. Ini bagi memastikan agar mereka yang beragama Islam tidak terlalu leka, terutamanya bila berkait rapat mengenai pengambilan makanan. Jika tidak pasti mengenai sumber makanan tersebut, adalah eloknya kita menghindari mana-mana tempat yang menyebabkan syak wasangka.

Kredit: Afyan Mat Rawi

Baca Juga: Mengalahkan Harga Ikan Siakap 1 Ribu Lebih, Ini Rupanya Ikan Termahal Di Dunia Dengan Berat Mencecah 278kg!

tags: | |