Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Untuk Buat Sendiri Sira Labu Kelantan Di Rumah, Pencuci Mulut Femes & Simple Untuk Dicuba

Cara Untuk Buat Sendiri Sira Labu Kelantan Di Rumah, Pencuci Mulut Femes & Simple Untuk Dicuba

Kategori: ,,
SIRA LABU KELANTAN

Sira labu sudah menjadi pencuci mulut kegemaran orang Kelantan. Memandangkan bulan Ramadan makin dekat, ia antara hidangan yang turut terkenal sebagai juadah berbuka puasa.

Selain dibeli di kedai, anda juga boleh cuba menyediakannya sendiri di rumah. Bahan-bahannya juga mudah ditemui di mana-mana jadi jika anda mempunyai sedikit waktu terluang, jom ikuti resepi sira labu Kelantan yang telah dikongsikan oleh Bunda Nadiah di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Sira Labu Kelantan

Bahan-Bahan

  • 1 biji labu
  • 2 ketul gula melaka atau gula nisa
  • 3 sudu gula putih
  • Daun pandan
  • Air
  • Ais kapur sirih
  • Garam

Cara Penyediaan

  1. Ambil labu dan bersihkan terlebih dahulu sebelum dibelah. SIRA LABU KELANTAN SIRA LABU KELANTAN
  2. Kemudian, rendam labu yang telah dibelah tadi dengan air kapur sirih selama 15 minit. Kalau tak nak rendam pun tak mengapa, bila dah rendam tapis dan basuh sehingga bersih.
  3. Susun labu dalam periuk, masukkan semua gula dan secubit garam dengan daun pandan. Air cukup-cukup sahaja.
  4. Rebus sehingga labu menjadi lembut. Siap untuk dihidangkan. SIRA LABU KELANTAN SIRA LABU KELANTAN

Memang ringkas sahaja resepi ini, kan? Dengan beberapa bahan sahaja anda boleh buat sendiri sira labu Kelantan ini di rumah. Jadi jika teringin dan nak jimat, cubalah resepi ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Bunda Nadiah via MAHN

Baca Juga: Ini Resepi Jeli Kelapa Muda Yang Sesuai Dinikmati Ketika Cuaca Panas, Sangat Menyegarkan

tags: |