Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Paling Mudah Untuk Legakan Sakit Ulser Mulut @ Mata Ikan Dengan 2 Bahan Dapur Sahaja

Cara Paling Mudah Untuk Legakan Sakit Ulser Mulut @ Mata Ikan Dengan 2 Bahan Dapur Sahaja

Kategori:
SAKIT ULSER MULUT

Sakit ulser mulut atau juga dikenali dengan mata ikan merupakan sesuatu yang akan dialami semua orang. Hal ini terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut. Walaupun ia tidak mendatangkan risiko yang tinggi pada kesihatan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesukaran untuk makan, minum dan bercakap.

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mengalami sakit ulser mulut. Antaranya adalah jangkitan, pengambilan ubat-ubatan, bakteria, infeksi kulat dan banyak lagi. Selain boleh dirawat dengan ubat yang dijual di farmasi, terdapat beberapa bahan dapur yang boleh digunakan untuk melegakan sakit ulser mulut.

Cara Untuk Melegakan Sakit Ulser Mulut Dengan 2 Bahan Sahaja

Bahan-Bahan

  • 1/2 sudu besar madu lebah
  • Sedikit serbuk kunyit (agak-agak padan dengan madu lebah itu)

Cara Penyediaan

  1. Ambil madu lebah dan serbuk kunyit itu dan letakkan dalam satu bekas.
  2. Campurkan dua bahan tersebut sehingga sebati, pastikan anda menggunakan sudu plastik.
  3. Bila dah sebati, ambil campuran itu dan sapukan pada ulser itu. Biarkan seketika.
  4. Tak perlu bilias, biarkan sahaja dalam mulut.

Nota: Pastikan anda menggunakan madu lebah asli untuk mendapatkan khasiat dan manfaatnya. Madu asli bersifat antibakteria. SAKIT ULSER MULUT SAKIT ULSER MULUT

Untuk merawat sakit ulser mulut, anda boleh amalkan petua ini. Ini kerana kunyit dan madu lebah asli mempunyai khasiat dan bersifat antibakteria, mampu melegakan kesakitan itu.

Selain mengamalkan petua ini, anda juga perlu menggunakan berus gigi yang lembut dan halus semasa menggosok gigi, banyakkan meminum air kosong dan cuba elakkan makan makanan pedas, berempah,. berasid seperti limau atau oren dan keras seperti kacang atau keropok. Ini supaya sakit ulser tidak berterusan.

Semoga petua ini membantu.

Kredit: Iza Abu Bakar

Baca Juga: Bising Suami Selalu Tidur Berdengkur? Cuba Minuman Ini. 4 Kali Minum Je, Terus Hilang!

tags: | | |