Cendawan Goreng Tepung

Kali ni saya kongsikan cara bagaimana membuat cendawan goreng tepung yang rangup dengan menggunakan bancuhan tepung. Selain cendawan tiram kita juga boleh gunakan cendawan yang lain.

RESEPI

  • 1 mangkuk cendawan
  • 3 sb tepung gandum
  • 3 sb tepung jagung
  • 1 sk garam
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk tepung penaik
  • 1 biji telur

CARA PENYEDIAAN

  1. Sediakan cendawan 1 mangkuk
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam, lada hitam dan serbuk penaik (kacau sehingga sebati)
  3. Pecahkan telur dalam 1 mangkuk
  4. Salutkan cendawan dengan telur terlebih dahulu sebelu gaul dengan tepung
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga rangup

SIAP ! SELAMAT MENCUBA

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 7 times!)