Post kali ini kami nak kongsikan resepi cendol sagu gula melaka. Mesti ramai peminat tegar agar-agar kan? Kalini kita cuba pulak resepi yang sedap ni. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat Cendol Sagu Gula Melaka yang sedap ni.

Bahan-bahan untuk Santan gula melaka:

  • 700ml santan kotak
  • 300ml air
  • 100g – 150g gula melaka
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • 1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk Sagu:

  • 200g biji sagu
  • 1800ml air
  • pewarna kuning
  • perasa sirap rose / pewarna merah

Bahan-bahan untuk topping tambahan:

  • 1 sudu besar biji selasih (direndam dengan 400ml air)
  • Cendol
  • Nata de coco

++ Resepi ini menghasilkan 5 cawan cendol sagu (1 cawan : 300ml)

 

Cara menyediakan Santan gula melaka:

  • Masukkan gula melaka dan air ke dalam kuali
  • Kemudian buka api sederhana dan biarkan sehingga gula larut
  • Kecilkan api dan masukkan santan kotak
  • Kacau sentiasa sehingga sebati
  • Masukkan daun pandan dan garam
  • Kacau dan biarkan mereneh selama 5 – 10 minit
  • Tutup api dan sejukkan semalaman di dalam peti ais

Cara menyediakan Sagu:

  • Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih
  • Masukkan biji sagu sambil kacau
  • Kacau sentiasa dan masak sagu selama 25 minit menggunakan api sederhana
  • Setelah sagu masak, tutup api
  • Kemudian tapi sagu untuk membuang lebihan air
  • Bahagikan sagu kepada 2 bahagian ke dalam mangkuk
  • Masukkan pewarna pewarna kuning dan perasa sirap ros ke dalam sagu yang telah dibahagikan
  • Biarkan sagu seketika

Cara menyediakan Topping tambahan:

  • Masukkan biji selasih dan air ke dalam mangkuk
  • Biarkan ia mengembang selama 5 – 10 minit

Cara menyediakan Cendol Sagu Gula Melaka:

  • Masukkan sagu merah ke dalam cawan untuk lapisan pertama
  • Kemudian masukkan sagu kuning untuk lapisan yang kedua
  • Tuangkan santan gula melaka(sejuk) ke dalam cawan yang berisi sagu
  • Masukkan cendol, biji selasih dan nata de coco dan tuang santan gula melaka(sejuk)
  • Siap, untuk dimakan

 

Siap! Selamat mencuba

Kredit: Limau Nipis

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)