Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Youtuber Masakan Terkenal, Che Nom Nafi Pendapatan Bulanannya Cecah 120K Sebulan

Youtuber Masakan Terkenal, Che Nom Nafi Pendapatan Bulanannya Cecah 120K Sebulan

Kategori:
Che Nom nafi pendapatan 120K

Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar merupakan antara  youtuber masakan yang terkenal di Malaysia. Memiliki 998K subscribers di Youtube, kebanyakan content yang dikongsikan oleh Che Nom adalah masakan makanan Melayu dan manisan.

Pasti ramai di antara kita yang tertanya berapakah pendapatan yang diterima oleh Che Nom setiap bulan sebagai Youtuber. Perkara tersebut pasti ingin diketahui lagi apabila ada desas desus mengatakan bahawan pendapatan Che Nom hampir 120K sebulan. Betul ke?

Sebelum ini pernah tular satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu portal berhubung pendapatan bulanan Che Nom mencecah RM120 sebulan. Namun Che Nom menganggap pendedahan pendapatannya sebanyak itu adalah keterlaluan dan tidak tepat.

Terbaru  Che Nom sudah jelaskan bahawa beliau sudah menerima permohonan maaf dari portal berkenaan. Susulan itu, artikel dari portal tersebut sudah pun diturunkan. Tambahnya lagi, berita dari laman Social Blade tersebut terlalu meluas dan beliau menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan laman ini sebagai rujukan untuk menyemak pendapatan mana-mana Youtuber atau influencer.

Sumber: Che Nom

Baca juga: Mula Dikenali Dengan Gaya Pelik Menabur Garam, Ini Dia Kisah Sedih Disebalik Kejayaan Chef Nusret Gocke

tags: |