Bagi penggemar keju atau cheese, jika berkunjung ke mana-mana kedai atau restoran yang menghidangkan makanan disekalikan dengan cheese, pasti korang akan meminta lebih kuantiti cheese daripada biasa, kan?
Jika dapat lebih, memang suka dan senang hati dibuatnya. Yang paling best, kalau kita tak minta pun peniaga dah bagi. Memang akan repeat lagi lah di kedai yang sama.
Bercakap mengenai cheese yang menjadi kesukaan ramai ini, seorang pelanggan Kentucky Fried Chicken (KFC) berkongsi pengalamannya meminta cheese lebih di restoran makanan segera tersebut semasa membeli cheezy wedges.
Perkongsiannya tular dan mendapat banyak reaksi apabila dia menunjukkan kuantiti cheese yang banyak diberikan oleh pekerja KFC tersebut. Dengan tidak disangka-sangka, cheese yang dimintanya memang banyak sehingga melimpah ruah daripada bekas.
“Terpaling love staff dorang. Kalau staff tu perli ke tak ikhlas macam ni, aku terima hahaha,” katanya di video cheezy wedges KFC.
Video berkenaan tular sehingga mendapat 13 ribu lebih tanda suka bersama pelbagai komen dan reaksi.
@aieynyong
@aieynyong terpalinggg love staff diorang π #fyp #kfcmetro β¬ dawet jembot ireng – ovt.π₯
Melihat ruangan komen, ada yang beranggapan itu sebagai satu perli kerana cheese yang didapatinya memang meleleh sehingga terkeluar dari bekas makanan. Dan ada juga yang menyatakan itu sebagai rezeki oleh pekerja KFC yang baik.
“Tak ni kak. Dia baru refill tadi cheese tu lepas tu penutup tak tutup rapat. Tuyang tertumpah. Rezeki akak lah,” kata netizen dengan nama Syoberry.
“Staff tu perli kau ke kak,” tanya netizen lain bernama Shyla.
“Sos cheese KFC sumpah sedap nak mamposss,” komen Teah.
Apa pun alasan sebenar di sebalik cheese cheezy wedges KFC yang melimpah ruah ni, semoga pekerja KFC itu diberikan rezeki yang baik-baik. Memang bahagia pelanggan kalau dapat macam ni. Siapa je tak suka kan?
Sumber: aieyn