Pasti ramai peminat cheesy wedges di KFC kan? Memang sedap sangat, gabungan ubi kentang bersalut tepung yang digoreng rangup dan dimakan bersama sos keju yang lazat! Memang perghhh orang kata.
Rupanya boleh cuba buat sendiri di rumah, hanya perlu guna bahan-bahan yang mudah untuk didapati. Jom ikuti resepi cheesy wedges ala KFC di bawah.
Resepi Cheesy Wedges Ala KFC
Bahan-bahan:
- 4 biji kentang – basuh bersih
- Mixed herbs
- Lada sulah
- Garam
- Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna bestari)
Cara-cara:
- Kentang dipotong wedges.
- Kukus sehingga agak-agak lembut dalam 5 hingga 7 minit.
- Letak dalam mangkuk, taburkan mixed herbs, lada sulah dan garam. Goncang hingga sebati.
- Taburkan juga tepung jagung dan gaul sebati.
- Goreng biar tenggelam dalam minyak sehingga kekuningan dan garing.
- Hidangkan bersama sos cheese, tambah mayonis pun sedap.
Untuk Sos:
- 3 sudu besar serbuk cheese
Bancuh dengan air panas-panas, kacau sehingga menjadi sos.
Kredit: Salimah Olie