Laksa Kedah merupakan antara jenis laksa yang terkenal di negara Malaysia. Mudah didapati di negeri Kedah dan Perlis, laksa ini sangat digemari dan lengkap dihidang dengan perahan jus limau nipis dan hirisan cili padi.
Umum sudah tahu, apa yang melengkapi semangkuk laksa adalah kuahnya. Penggunaan ikan yang sesuai menjadikan laksa lebih sedap dan power.
Selalunya ikan yang sering digunakan untuk dijadikan kuah adalah ikan kembung tapi seorang chef dan pemilik kedai makan telah berkongsi tips yang perlu anda amalkan untuk pastikan kuah laksa anda lebih sedap dari yang lain. Nak tahu tipsnya? Jom baca!
Macam saya pernah bagitau dulu. Petua untuk masak Laksa yang sedap guna ikan Termenung jangan guna ikan kembung. Ini saya masak 10 kilo ikan untuk berniaga esok.
Blend halus semua bahan. Bahan2 yang tidak di blend halus akan menjadikan tekstur kuah yang tidak menarik. Buka api yang perlahan selama 6 jam baru kuah laksa akan sebati.
Tulang ikan blend halus dan tapis masukkan air tulang ikan dalam kuah. Ini patinya. Saya suka letak bunga kantan dan daun kesum yang banyak supaya aroma laksa memanggil kita untuk makan.
Petua yang paling penting masukkan sedikit minyak semasa merebus laksa yang telah direndam terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan Laksa melekat.
Mana geng 02 ni? Masuklah. Esok p merket ( pasar) beli ikan termenung buat laksa. Orang Utara ni cukup pantang sebut laksa.
Menurut chef, seeloknya ikan kembung yang biasanya digunakan dalam kuah digantikan dengan ikan termenung. Itu lah rahsia kuah laksa yang lebih sedap. Selain itu, anda juga perlu kisar semua bahan sampai halus untuk mendapatkan tekstur kuah yang menarik.
Nampak mudah sahaja tips yang dikongsikan oleh Chef Shukri ini, kan? Bagi ‘hantu’ laksa, anda wajib cuba petua ini. Sedapnya sama macam yang dijual di kedai.
Selamat mencuba.
Kredit: Chef Ahmad Shukri Amiruddin
Baca Juga: Chef Wan Kongsi Petua Arwah Nenek Masak Asam Pedas Yang Power, Kuah Pekat & Sedap!