Peminat rancangan masakan mesti sudah mengenali saluran masakan terkenal iaitu Food Network. Di Malaysia, pelanggan Astro boleh menonton pada saluran 708.
Food Network memaparkan pelbagai rancangan memasak dan chef ternama seperti Giada De Laurentiis, Alton Brown, Robet Irvine dan ramai lagi.
Antara chef yang berjaya raih populariti dari Food Network adalah chef Bobby Flay yang telah bersama saluran tersebut selama 27 tahun. Namun, baru-baru ini telah diumumkan bahawa chef tersebut akan meninggalkan Food Network.
(Bobby Flay dalam rancangan Iron Chef)
Muncul dengan rancangan pertamanya di Food Network iaitu Grillin’ & Chillin’ pada tahun 1996, Bobby Flay semenjak itu makin dikenali oleh para penonton.
Selepas berjaya dengan rancangan Beat Bobby Flay, dia telah muncul dalam rancangan Chopped, Iron Chef America dan Worst Cooks in America.
Menurut Variety, Bobby telah memutuskan untuk meninggalkan saluran tersebut kerana isu kewangan.
Ditambah, Food Network dan Bobby mempunyai pendapat yang tidak sehaluan ketika perundingan kontrak selama 3 tahun.
(Juri Chopped, Scott Conant (kiri), Amanda Freitag, hos Ted Allen dan Bobby Flay dalam siri Chopped)
Menemui jalan yang buntu, saluran tersebut mengakhiri segala perbincangan mengenai kontrak dengan Bobby. Bobby memutuskan untuk meninggalkan saluran tersebut selepas itu.
Walaupun kontraknya dengan Food Network sudah tamat, tidak dinafikan bahawa Bobby Flay sudah dikenali selepas hampir 3 dekad di saluran tersebut.
(Bobby Flay chef pertama mendapat bintang di Hollywood Walk of Fame pada 2015)
Selain dari rancangan dan penampilan khas, dia merupakan chef pertama yang mendapat bintang di Hollywood Walk of Fame pada tahun 2015.
Tambahan pula, Bobby merupakan penulis untuk beberapa buku masakan dan memiliki 5 jenis restoran, termasuk Bobby’s Burger Palace yang memiliki beberapa cawangan di Amerika Syarikat.
Meskipun Bobby sudah tiada di Food Network, penonton masih berpendapat bahawa chef tersebut akan sekali lagi tampil pada skrin.
(Bobby Flay di rancangan Food Network)
Dengan pelbagai platform seperti Netflix, Hulu dan HBO Max yang ingin memulakan rancangan masakan tersendiri, peluang kelihatan cerah untuk chef tersebut.
Kredit: The Variety
Baca Juga: “Sangat Pelik”, Iklan Mesin Kopi Brad Pitt Dikritik Pakar