Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Chef Wan ‘Buli’ Uncle Roger, Siap Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

Chef Wan ‘Buli’ Uncle Roger, Siap Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

Kategori:
chef wan uncle roger

Sebut sahaja Uncle Roger, sudah pasti ramai yang mengenalinya kerana teletah lucunya yang menghiburkan. Uncle Roger berjaya menarik perhatian ramai dengan videonya yang kelakar.

Umum sudah tahu, Uncle Roger sudah kembali ke Malaysia dan telah berkunjung ke restoran milik Chef Wan, chef terkenal di Malaysia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Uncle Roger di Facebook miliknya, terserlah kekecohan suasana di dapur apabila Uncle Roger dan Chef Wan bergabung. Mana tidaknya, Chef Wan dilihat telah ‘membuli’ Uncle Roger dan turut mengajar cara memasak dengan betul tanpa menggunakan MSG.

Baru-baru ini, Chef Wan mendedahkan dia mengharamkan penggunaan MSG di semua restoran miliknya dan hanya menggunakan perasa semula jadi. Berlawanan dengan Uncle Roger gemar mengguna MSG dalam masakannya.

“Best duo ever!”

Rata-rata netizen turut merasa terhibur dan menyatakan episod kali ini adalah episod paling terbaik yang pernah dimuatnaik olehnya.

Baca juga: “Saya Haramkan…” Chef Wan Dedah Tak Pernah Guna ‘Bahan’ Ini Di Restoran Miliknya

tags: | |