Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Chicken Alfredo Pasta, Dijamin Sedap dan Lazat

Chicken Alfredo Pasta, Dijamin Sedap dan Lazat

Kategori:

Kali ini kami ingin kongsikan salah satu menu yang popular dalam masakan Itali iaitu Chicken Alfredo Pasta, di mana pasta jenis Fettuccine digaul dan disalut dengan sos keju.

Alfredo adalah basic dan selalunya melibatkan pasta, keju Parmesan dan daun parsli. Jadi bagi anda yang baru nak mula menjinakkan diri untuk masak pasta, bolehlah try masak Alfredo.

Di sini ada resipi Chicken Alfredo Pasta yang teramat mudah.

Resipi Chicken Alfredo Pasta Mudah Sangat

Bahan-bahan:

  • 2 dada ayam
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang kuning
  • 1 cawan cendawan butang
  • 1 cawan krim masak
  • 1/2 cawan air rebusan pasta
  • 1 genggam daun parsley
  • 1/4 cawan keju parmesan
  • 3/4 pek pasta fettuccine

Cara-cara Penyediaan:

  1. Perapkan 2 dada ayam dengan garam dan lada hitam secukupnya.
  2. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga luarannya bertukar menjadi warna keperangan. Ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, masukkan 3 ulas bawang putih dan 1 biji bawang kuning yang telah dihiris nipis. Tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan 1 cawan cendawan butang. Goreng sehingga cendawan masak.
  5. Masukkan 1 cawan krim dan 1/2 cawan air rebusan pasta. Renehkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
  6. Masukkan dada ayam, daun parsley dan 1/4 cawan keju parmesan.
  7. Masukkan 3/4 pek pasta fettuccine yang telah direbus dan gaul sehingga kuah rata.
  8. Chicken Alfredo Pasta sudahpun siap untuk dihidang!
tags: