Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tular Isu Chicken Ham, KK Supermart Buat Laporan Polis Terhadap Syarikat Pengeluar ‘Sandwich’

Tular Isu Chicken Ham, KK Supermart Buat Laporan Polis Terhadap Syarikat Pengeluar ‘Sandwich’

Kategori: ,
KK Mart

KK Supermart & Superstore Sdn Bhd. (KK Supermart) membuat laporan polis terhadap syarikat pengeluar produk ‘sandwich ham & cheese’, Shake And Bake Café Sdn. Bhd. (Shake And Bake Café).

KK Supermart dalam satu kenyataan media berkata, KK Supermart juga telah mengarahkan peguam untuk menghantar Surat Tuntutan (LOD) bertarikh 10 Januari 2025 kepada Shake And Bake Café.

Tular Isu Chicken Ham, KK Supermart Buat Laporan Polis Terhadap Syarikat Pengeluar ‘Sandwich’

“Untuk makluman semua pihak, produk ‘sandwich’ ini dikilangkan dan diusahakan oleh syarikat Shake And Bake Café. Produk ini dipasarkan kepada pelanggan melalui beberapa platform perniagaan. Antaranya adalah di rangkaian KK Concept Store.

“Penjelasan daripada kami adalah, pihak Shake And Bake Café telah mengemukakan sijil halal bagi ‘chicken ham’ (kepingan ayam) dan kepingan keju tersebut. Tulisan dipamerkan pada bungkusan roti ‘sandwich’ tersebut serta penulisan perkataan ini adalah daripada pihak Shake And Bake Café,” kata kenyataan itu, hari ini.

KK Mart

Menurut KK Mart, hanya 16 KK Concept Store mempunyai kemasukan produk itu dan KK Supermart telah membekukan urusan perniagaan bersama Shake And Bake Café serta-merta.

Kata KK Supermart, ia termasuk menghentikan segala pemprosesan produk itu daripada kemasukan ke mana-mana outlet KK Concept Store dalam tempoh siasatan kes tersebut.

JAKIM Buat Serbuan Ke Kilang Pengeluar Di Petaling Jaya

“Kami difahamkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas kilang Shake And Bake Café di Sunway Damansara, Petaling Jaya.

KK Mart

“Demi menjaga kepercayaan dan keselamatan pelanggan, kerjasama penuh akan diberikan dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan keyakinan dan kesejahteraan pelanggan kami,” kata kenyataan itu.

KK Supermart berkata, syarikat itu memandang serius perkara tersebut dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berulang.

Sumber: Kosmo!

Baca juga: Suka Dessert Jual Sos Coklat RM60 Segelas, Harga Menu Tricolour Chocolate Baharu Itu Cetus Perdebatan Ramai

tags: |