Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Patut La Pedas..” Seronok Meratah Chips Dari 7-Eleven, Selera Wanita Ini Tiba-Tiba Hilang Bila Sedari..

“Patut La Pedas..” Seronok Meratah Chips Dari 7-Eleven, Selera Wanita Ini Tiba-Tiba Hilang Bila Sedari..

Kategori:
CHIPS DARI 7-ELEVEN

Kedai serbaneka antarabangsa, 7-Eleven menawarkan pelbagai jenis produk, termasuk pilihan kerepek kentang yang enak dan mempunyai banyak perisa. Mudah didapati, ianya juga sangat digemari oleh semua lapisan masyarakat.

Bila meratah kerepek kentang 7-Eleven, nikmatinya tidak terkata. Namun walaupun ianya dibungkus dengan elok dan baru sahaja dibuka, pastikan anda memeriksa kandungannya supaya tidak tersalah beli dan termakan sesuatu yang tidak sepatutnya. Seperti mana yang terjadi seorang wanita baru-baru ini.

Hilang Selera Makan Chips Dari 7-Eleven Sebab..

Baru sahaja dikongsikan di laman TikTok menerusi akaun, faziranoor, wanita itu dengan berseleranya meratah beberapa kepingan potato chips dari 7-Eleven yang baru sahaja dibeli.

Seronok dimakan, hanya tinggal beberapa keping sahaja untuk dihabiskan olehnya. Namun wanita itu tergerak hati untuk memeriksa kandungan kerepek kentang yang dibeli dan terkejut apabila mendapati ianya dipenuhi dengan semut. Malah bila diambil kepingan kerepek kentang yang ada, wanita itu terkejut apabila mendapati ianya disaluti dengan semut, terus menghilangkan seleranya. CHIPS DARI 7-ELEVEN CHIPS DARI 7-ELEVEN

Hal itu baru sahaja terjadi dan disedari setelah chips yang dibeli hampir sahaja dihabiskan. Menjengah di ruangan komen, warganet pula terhibur dengan perkara itu. Malah ada juga yang menyangka bahawa semut yang menyaluti kerepek itu adalah lada hitam dan ada juga yang mengusik bahawa ianya perisa terbaharu yang telah dikeluarkan.

Warganet Terhibur CHIPS DARI 7-ELEVEN CHIPS DARI 7-ELEVEN

Perkara yang terjadi amat malang. Namun tak semua kerepek kentang 7-Eleven telah dicemarkan dengan semut dan kotoran. Mungkin ada penjelasan mengapa hal sebegini boleh terjadi. Seharusnya kita beringat sebelum makan dan selalu memeriksa makanan yang dibeli supaya ianya bersih dan tidak dicemari.

Kredit: TikTok faziranoor

Baca Juga: 2 Ribu Restoran Mamak Seluruh Negara Terpaksa Gulung Tikar & Ditutup, Ini Rupanya Sebabnya..

tags: