Hidangan mac and cheese sudah menjadi kesukaan ramai, terutamanya anak-anak kecil kerana rasanya yang berkrim dari sos keju yang ada.
Siapa kata ia susah untuk disediakan? Ikut sahaja resepi mac and cheese yang telah dikongsikan oleh Azizah Salleh di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Cikgu Ini Kongsi Resepi Mac And Cheese. Ramai Murid Komen Sedap & Nak Lagi
Bahan-bahan
- 60 gram mentega
- 1 labu bawang putih (dipotong dadu)
- Bawang holland (dipotong dadu)
- 2 hingga 3 cawan susu segar
- 6 kepingan keju cheddar
- Mixed vegetables
- Rempah mixed herbs – guna jenama ini
- Garam
- 1/2 kiub ayam
- 500 gram makaroni
- Sosej ayam (dihiris nipis)
- Kubis
Cara-caranya
- Masak makaroni mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Kemudian, goreng kepingan sosej ayam dan ketepikan.
- Dalam kuali, panaskan mentega dan tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga layu.
- Tambahkan susu segar, kepingan keju cheddar, rempah mixed herbs, garam, kiub ayam dan mixed vegetables.
- Selepas mendidih, rasakan kuah dan tambah lagi perasa yang perlu jika kurang.
- Seterusnya, boleh lah letakkan makaroni, kubis dan sosej ayam yang telah dimasak tadi.
- Kacau lagi sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.
Memang menjadi resepi mac and cheese ini. Wanita itu sajikannya pada murid-murid di sekolah dan terus menjadi kesukaan ramai. Cuba lah!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Azizah Salleh
Baca Juga: Resepi Roti Kacang Merah Paling Mudah. Uli Guna Tangan Sahaja Pun Tetap Menjadi