Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Cikgu Rasa Macam Nak Nangis, Terharu Terima Hadiah Istimewa Dari Salah Seorang Murid Pada Hari Guru

Cikgu Rasa Macam Nak Nangis, Terharu Terima Hadiah Istimewa Dari Salah Seorang Murid Pada Hari Guru

Kategori:
hadiah istimewa

Hari Guru merupakan sesuatu yang sangat dinantikan oleh bukan sahaja para guru tapi juga murid-murid sekolah. Selain dapat meraikan majlis sambutan yang diadakan secara besar-besaran di sekolah, pelajar juga berlumba-lumba untuk mencari hadiah yang hebat untuk guru kesukaan mereka.

Oleh itu, ibu bapa juga akan menjadi sibuk dengan membantu anak-anak mereka untuk menyediakan hadiah buat guru mereka. Ada yang memberi hadiah yang nilainya mencecah sehingga ratusan atau ribuan ringgit, ada juga yang hanya mampu memberi sesuatu yang ringkas.

Sebagai seorang guru, bukanlah nilai hadiah yang diukur tapi keikhlasan dan sedikit penghargaan dari murid menjadikan Hari Guru lebih bermakna buat mereka.

Cikgu Rasa Nak Nangis, Terharu Terima Hadiah Istimewa Dari Salah Seorang Murid Pada Hari Guru

Terbaharu, seorang guru berasa sangat terharu dengan hadiah istimewa yang telah diperolehinya. Memandangkan sekolahnya telah mengadakan sebuah sambutan Hari Guru, dia yang berkhidmat di sana turut diberikan beberapa hadiah oleh murid-muridnya.

Setelah seharian meraikan, dia pulang ke rumah bersama hadiah-hadiah tersebut. Ketika sedang membuka hadiah satu per satu, dia menyedari sebungkus plastik bewarna merah. hadiah istimewa hadiah istimewa

Membuka bungkusan itu, dia telah menemui sebekas kecil nasi goreng telur. Mula timbul perasaan sebak apabila dia mula membayangi usaha si ibu muridnya yang telah bertungkus-lumus menyediakan hidangan itu. hadiah istimewa

Menurutnya walaupun hadiah itu sangat simple dari yang lain tapi baginya ia sangat bermakna. Dia juga berterima kasih pada murid tersebut kerana telah memberikannya hadiah itu.

https://www.tiktok.com/@zsickseeksix/video/7098672405631077658?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@zsickseeksix Terima Kasih 🖤 #selamathariguru2022 #fyp #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Menjengah di ruangan komen, orang ramai pula berasa terharu dengan perkara itu. Tambah salah seorang dari mereka, walaupun pelajar itu agak kekurangan, namun dia dan keluarganya tetap berusaha untuk memberikan hadiah pada cikgu yang dikaguminya.

“Saya Pulak Yang Menangis..” hadiah istimewa

Menjadi seorang pendidik tentu ada kelebihannya. Pada Hari Guru, mereka akan memperolehi pelbagai jenis hadiah dari pelajar-pelajar. Namun janganlah kita menilai pelajar atas hadiah yang diberi, sebaliknya dari keikhlasan mereka untuk memberi dan terus belajar.

Selamat Hari Guru buat guru-guru di sana!

Kredit: zsickseeksix

Baca Juga: Kampung Jadi Kecoh Bila Sebuah Rumah Dikunjungi Ramai Rider, Sebabnya Sangat Memilukan

tags: | | | |