Rata-rata sudah tahu, ayam merupakan salah satu sumber protein utama rakyat Malaysia. Satu hari tak makan ayam memang tak sah. Pelbagai lauk boleh dibuat menggunakan ayam sebagai contoh ayam goreng, ayam masak lemak, ayam masak sambal dan macam-macam lagi.
Tapi ada perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli ayam iaitu ada sesetengah penjual ayam menggunakan bahan kimia ke dalam ayam mentah itu supaya ayam kelihatan lebih segar, besar dan gemuk. Sudah tentu ini akan dapat menarik perhatian orang ramai untuk membeli.
Jadi bagaimanakah cara untuk mengetahui jika ayam tersebut telah disuntik? Jom ikuti perkongsian oleh Public Health Malaysia di dalam sosial Facebook mengenai ciri-ciri ayam yang disuntik yang perlu anda tahu.
Penggunaan cecair suntikan ke dalam makanan mentah berdaging bukanlah satu perkara baru. Ia dikenali sebagai teknik ‘plumping’.
Peniaga yang ingin mengaut keuntungan dengan menipu ini mrnyuntik cecair gram, stok ayam dan bahan kimia ke dalam ayam kerana ingin mengekalkan kesegaran dan rasanya.
Mengikut undang-undang jika peniaga melakukan perkara ini mereka harus menyatakan kepada pengguna.
Namun ada peniaga yang tak jujur dan menggunakan kaedah ‘plumping’ ini untuk mengaut untung berlipat kali ganda.
Berikut merupakan tips untuk mengesan daging ayam yang telah disuntik dengan air.
Sumber: Public Health Malaysia