Restoran Kapitan terletak berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling yang beralamat di 93, Lebuh Chulia, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Restoran Kapitan ini juga merupakan premis dua tingkat yang beroperasi secara 24 jam.
Restoran Kapitan terkenal dengan makanan Nasi Briyani Claypot yang berasaskan masakan India. Nasi briyani di sini mempunyai beberapa pilihan lauk yang enak iaitu, kambing, ayam dan ayam tandoori.
Nasi Briyani Claypot Kambing atau Ayam dihidangkan di dalam claypot atau mangkuk tembikar. Manakala Nasi Briyani Ayam Tandoori pula dihidangkan dalam pinggan sepertimana biasa digunakan di restoran yang lain. Nasi Briyani Claypot dihiasi dengan daun pudina berserta yogurt campuran sayur dan kuah kari. Harga makanan amat berpatutan iaitu sekitar RM9 hingga RM11 untuk nasi briyani.
Tonton video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat ini:
Sumber: Hypp Inspirasi