Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Coca-Cola Buat Perubahan, Design & Warna Terbaru Pada Tin & Botol Buat Ramai Keliru

Coca-Cola Buat Perubahan, Design & Warna Terbaru Pada Tin & Botol Buat Ramai Keliru

Kategori:
coca-cola

Jenama minuman berkarbonat Coca-Cola tidak lagi asing di pasaran. Bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1886, ia telah berkembang dengan maju dan berjaya memasuki pelbagai pasaran di seluruh dunia. Antara faktor kejayaan Coca-Cola yang menjadikannya begitu dikenali adalah logo putih dan warna merah yang sudah menjadi trademark syarikat tersebut.

Selama beberapa tahun ini, jenama itu telah memperkenalkan pelbagai perisa dan melakukan perubahan pada design packaging minumannya. Terbaru, Coca-Cola sekali lagi melakukan perubahan itu dan turut memperkenalkan beberapa perisa terbaharu iaitu Mocha. Pihak mereka melakukan perubahan itu agar pengguna dapat membezakan setiap perisa Coca-Cola yang ada berada di pasaran. Namun, hal itu tidak disambut baik oleh peminat setia mereka. COCA-COLA

(Sumber gambar: Coca-Cola)

Design Coca-Cola Yang Terbaharu Mengelirukan?

Sudah dikenali dengan warna dan logo ikoniknya, design dan pengunaan warna terbaharu pada tin dan botol minuman jenama itu dilakukan agar pengguna dapat mengenal pasti dan membezakan setiap perisa yang ada dan memudahkan pengguna membuat pilihan. Bukan sahaja warna, logonya juga diubah sedikit.

Menurut Natalia Suarez, Senior Brand Manager bagi Coke Choice Portfolio, Coca-Cola’s North America Operating Unit, pihak mereka melakukan perubahan itu untuk mendapatkan rupa yang lebih moden dan ringkas supaya pengguna mudah mengenal pasti produk mereka dengan warna yang menarik dan rupa yang minimalist.

Untuk memudahkan pengguna mengenalpasti perisa original dan zero sugar, logo tulisan akan diubah warna kepada hitam dan putih. Hal itu tidak menjadi masalah dan memudahkan pengguna untuk membezakan dua minuman tersebut. Namun netizen tidak bersetuju dengan sesetengah perubahan yang telah dilakukan.

Sebagai contoh, warna dan logo untuk perisa Cherry Coke (hanya boleh didapati di luar negara) menjadi isu bagi sesetengah pihak. Dengan menggunakan warna ungu sebagai warna latar dan logo tulisan berwarna hitam, hal itu boleh menyebabkan logo tulisan jenama tersebut tenggelam dan kelihatan suram. Selain itu, perisa vanila pula menggunakan warna later berwarna emas dengan logo tulisan berwarna putih. coca-cola

(Sumber gambar: Coca Cola)

Ini bukan pertama kali jenama antarabangsa ini melakukan perubahan pada design dan logo produk mereka. Namun logo dan warna ikoniknya sudah menjadi sesuatu yang sudah dikenali dan menjadi kebiasaan buat peminat setia mereka. Sebarang perubahan mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

Kredit: Creative Bloq

Baca Juga: Tindakan Spontan Ronaldo Undang Kerugian RM16.4 Bilion Untuk Coca-Cola

tags: