Satu kotak coklat Cadburry tertua yang wujud lebih dari satu abad dilaporkan telah ditemui oleh Perpustakaan Negara Australia. Walaupun hampir 120 tahun keadaan coklat tersebut masih lagi elok.
Menurut Daily Mail, coklat yang disukai orang ramai itu ditemui dari koleksi peribadi penyair terkenal Australia iaitu Andrew Barton Banjo Paterson yang mana penulis buku Waltzing Mailda dan The Man from Snowy River.
Bar coklat itu dijumpai dalam tin coklat cenderamata yang diberikan kepada tentera oleh Ratu Victoria semasa perang Boer.
Setelah hampir 120 tahun, coklat yang nampak tidak pernah disentuh ini mengejutkan makmal pemuliharaan perpustakaan apabila mereka menemui coklat tersebut yang tersembunyi dalam buku harian, keratan akhbar dan puisi penyair.
Menurut Jennifer Todd, konservator Perpustakaan Nasional Australia terdapat bau yang cukup menarik ketika bungkusan coklat itu dibuka. Malah bar coklat tersebut masih tersimpan dalam bungkusan lama yang diperbuat daripada jerami dan foil perak.
Tin coklat itu dipercayai sebagai hadiah saguhati daripada Ratu Victoria kepada pasukan Boer War semasa pertempuran mereka di Afrika Selatan pada tahun 1990.
Di tin tersebut juga tercatat ucapan dari ratu iaitu ” Saya mengucapakan Selamat Tahun Baharu, Victoria RI”.
Sumber: Daily Mail