KFC merupakan di antara restoran makanan segera bertaraf antarabangsa yang begitu terkenal di negara Malaysia. Selain ayam goreng yang sudah terkenal dengan rempah ratus rahsia yang digunakan, hidangan yang lain seperti Whipped Potato, Cheezy Wedges dan Coleslaw.
Namun akibat dari kesan pandemik Covid-19, pihak restoran mengalami kekurangan bekalan sehingga menyebabkan beberapa item, terutamanya Cheezy Wedges dan Coleslaw, sukar didapati. Hal itu menyebabkan ramai pelanggan setia berasa sedih dan menantikan kepulangan mereka.
Terbaharu, seorang pengguna, bellenvibe, telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi khabar yang gembira pada orang ramai. Merupakan seorang penggemar KFC, dia telah memesan beberapa set secara atas talian, kemudian dihantar terus ke rumahnya.
Setelah ia tiba, dia terus mendapatkannya untuk dinikmati namun bila membuka makanan satu per satu, individu tersebut terkejut apabila menemui sebekas Coleslaw yang telah diberikan.
Kerana setelah sekian lama out of stock, ia sangat sukar didapati. Dia turut berasa teruja dan berharap bahawa ini menandakan bahawa pihak KFC sedang secara perlahan-lahan mengembalikan semua itemnya yang telah lama tidak tersedia.
Bagi anda yang merupakan penggemar Coleslaw KFC dan berada berdekatan, anda boleh mendapatkannya di KFC Timesquare Bintulu, Sarawak.
Hal ini merupakan satu khabar gembira buat semua peminat setia KFC. Mungkin ini merupakan antara langkah-langkah yang sedang dilakukan oleh pihak KFC untuk mengembalikan semua item mereka yang sedang sold out.
Bermula secara berperingkat, mungkin tak lama lagi hidangan Cheezy Wedges pula yang akan dikembalikan? Harap-harap isu ini akan cepat diselesaikan kerana ramai sudah tak sabar untuk menikmati hidangan kegemaran mereka.
Kredit: bellenvibe
Baca Juga: Mulai 1 Julai, Lelaki Ini Mahu Pakai Picagari Untuk Sukat Minyak Masak Bagi Jimat, Netizen Terhibur!