Congo Bar

Congo Bar adalah sejenis brownies atau dikenali juga dengan blondies. Ia sangat mudah untuk disediakan dan pelbagai resipi yang diolah mengikut kreativiti masing-masing. Disini saya kongsikan cara menyediakan Congo Bar yang mudah serta sedap dimakan.

 Resepi :(Acuan bersaiz 8 x 8 inci)

  • 1 cawan + 1 sb tepung gandum (tapis)
  • 1 1/2 sk tepung penaik/baking powder (tapis)
  • 1 sk garam (tapis) – 85g mentega (dicairkan)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 1/2 biji telur (saiz besar)
  • 40ml susu segar/UHT – 1/2 sk esen vanilla (tidak ditunjukkan dalam video)
  • 1 – 2 coklat masakan gelap (dipotong kecil)
  • 1/2 cawan kacang almond (dibakar rangup)

Cara Penyediaan

  1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam (Bahan A)
  2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega (dicairkan), susu segar, telur (kacau sehingga sebati). Masukkan bahan A dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan coklat masakan gelap, kacan X g almond (gaul sehingga sebati)
  4. Tuangkan adunan kedalam bekas 8 X 8 yang telah dialas dengan ‘baking paper’
  5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C untuk 25 – 30 minit

SIAP. SELAMAT MENCUBA !

 

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 27 times!)