Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Redha Je La Awak..” – Gara-Gara Cuai Masa Makan, Wanita Ini Terpaksa Tanggung Malu Sepangjang Hari

“Redha Je La Awak..” – Gara-Gara Cuai Masa Makan, Wanita Ini Terpaksa Tanggung Malu Sepangjang Hari

Kategori:
CUAI MASA MAKAN

Ketika kecil, orang tua suka menasihati supaya makan dengan penuh sopan dan tidak terlalu gelojoh. Kalau tak menuruti, sudah tentu kita akan dimarahi. Perkara itu menjadi satu amalan yang sering didik sehinggalah dewasa.

Ini kerana pelbagai kemalangan dan situasi yang tidak diingini yang akan berlaku jika anda terlalu gelojoh ketika makan. Kalau terburu-buru takut nanti diri sendiri pula yang perlu tanggung malu.

“Redha Je La Awak..” – Gara-Gara Cuai Masa Makan, Wanita Ini Terpaksa Tanggung Malu Sepangjang Hari

Terbaharu, seorang wanita, sarahysni memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi pengalaman yang sangat memalukan yang telah menimpa ke atas dirinya.

Ketika sedang menghadiri sebuah majlis rasmi, seorang wanita mengambil beberapa minit untuk mengisi perutnya yang kosong dengan menikmati hidangan pisang goreng dan sambal kicap yang telah disajikan. CUAI MASA MAKAN CUAI MASA MAKAN

Tapi gara-gara cuai dan mungkin terlalu gelojoh ketika makan, wanita itu dengan secara tidak sengaja telah menumpahkan sambal kicap ke atas dirinya. Berasa malu dengan tindakannya, wanita itu mengeluh kerana dia terpaksa berada di majlis tersebut sehingga malam dengan pakaian yang kotor.

Malah, kesan sambal kicap itu tidak dapat disorok kerana banyak yang telah ditumpahkan. Dia juga tidak berkesempatan untuk menukar pakaian kerana rumahnya terlalu jauh. Akhir sekali, terpaksalah tebalkan muka dan menghadapi perkara itu.

https://www.tiktok.com/@sarahysni/video/7109028701295185179?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@sarahysniMalam ada majlis lagi ni 😭♬ original sound – Bubih

Meninjau di ruangan komen, orang ramai pula terhibur melihat perkara itu. Seorang pengguna, adam918 berkata bahawa perkara ini berlaku mungkin kerana wanita itu tidak sabar untuk makan. Melihat komen itu, wanita tersebut turut terhibur dan bersetuju bahawa ia kerana dia terlalu tamak.

Manakala seorang pengguna, Frdxuss memuji wanita itu kerana tetap tenang menghadapi situasi yang memalukan itu meskipun orang ramai jelas akan melihat kesan kotor pada pakaiannya.

Wanita Ini Cuai, Orang Ramai Pula Terhibur CUAI MASA MAKAN CUAI MASA MAKAN

Aduh, lain kali bila makan sila berhati-hati ya kak. Takut nanti jadi pula perkara sebegini, tak pasal-pasal diri sendiri pula yang malu. Kalau bawa pakaian lebih tak mengapa tapi kalau rumah itu begitu jauh, sudah tentu menjadi sukar.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat dirinya dan keluarga untuk lebih berhati-hati ketika makan.

Kredit: sarahysni

Baca Juga: “Jangan Marah Dia Kak..”- Pelayan Nervous, Hantar Minuman Kat Pelanggan Pun Sampai Menggigil

tags: | | |